CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 27, 2011

Mulusnya Kasihmu

7.20 pagi...
Pagi ini seperti hari-hari biasa seawal jam 6.45 pagi aku dihantar ayah ke rumah sepupuku yang tidak begitu jauh dari rumahku untuk ke tempat kerja di mana aku menjalani praktikal di MPK.  Sepanjang menjalani praktikal aku tumpang sekaki dengan sepupu dan mak cikku yang kebetulan bekerja di tempat yang sama pergi dan balik dari kerja. Kelopak mata terasa begitu berat.  Aku benar-benar mengantuk.  Rasa liat sangat hendak pergi ke tempat kerja.  Terbayang di fikiran alangkah seronoknya kalau ada yang sudi menghulurkan bantal saat itu.  Niat dalam hati.  'tak apa.  nanti dalam kereta boleh tidur.'  Tepat jam 7.00 pagi aku bertolak ke tempat kerja dan bermulanya sesi membuat kilang tahi mata sekadar untuk menyegarkan mata.  Disebabkan aku seorang yang duduk di tempat duduk belakang, rasa macam nak buat aksi kuak lentang saja di belakang tu.  Hehe...  buruk benar rupanya kalau anak dara buat aksi macam itu.  Sedang aku begitu selesa dengan aktivitiku itu, untuk seketika aku terjaga.  Ketika itu, sepupuku sedang memberhentikan keretanya disebabkan lampu isyarat merah menyala.  Aku memandang sekeliling memerhati kenderaan lalu lalang.  Masing-masing bagaikan berlumba-lumba menuju ke tempat kerja.  Tiba-tiba pandangan aku tertancap pada figura di sebelah kanan aku.  Tanpa sedar hati aku tersentuh.  Sepasang suami isteri yang aku tak tahu ke mana hala tuju mereka pagi tadi.  Si isteri sedang memangku bayinya yang pada jangkaanku baru berusia 3 atau 4 bulan.  Seakan-akan ada sesuatu perasaan yang meresap masuk ke dalam jiwa perempuanku saat si suami sempat menyambut bayinya semata-mata untuk membantu si isteri sedangkan saat itu lampu isyarat merah hampir bertukar menjadi hijau.  Meliuk-lentok bayi mereka di dalam pangkuan si suami.  Bertambah tersentuh bila si suami mengusap lembut kepala bayinya lantas mencium penuh sayang.  Lama aku memerhatikan gelagat sepasang suami isteri itu yang sibuk melayani bayi mereka.  Aku ingin tahu apa yang terjadi seterusnya.  Tapi, sayangnya sudah terlambat kerana lampu hijau yang menyala seakan-akan mencemburui aku kerana begitu asyik menyaksikan gelagat sepasang suami isteri itu. 



1.10 petang...
Waktu rehat telah tiba.  Sepupuku mengajak aku makan tengah hari diluar.  Tapi aku menolak pelawaannya dan aku mengatakan yang aku makan di ofis saja.  Mood tengah hari tadi sebab aku sengaja ingin bermalas-malasan di ofis sambil makan menghadap fb.  Itu dah tentu sekali.  Hehe..  Lantas aku segera bergegas ke kantin MPK untuk membeli makanan bungkus disebabkan waktu itu perut aku sudahpun berlagu riang.  Saat aku menunggu giliran untuk mengambil makanan tiba-tiba terjadinya saat genting dan mencemaskan apabila seorang kanak-kanak lelaki (anak staf di MPK) yang dalam jangkaannku berusia antara setahun berlari meluru ke lintasan pejalan kaki.  Aku tak tahu apa yang dikejarnya oleh kanak-kanak lelaki itu.  Berderau darah saat melihat dia meluru ke lintasan pejalan kaki itu.  Ibunya dengan pantas mengejar anaknya daripada dilanggar kereta yang lalu lalang berhampiran kantin.  Alhamdulillah,  si ibu sempat menyelamatkan anaknya.  Masing-masing yang menyaksikan kejadian itu beristighfar dan ada yang mengusap dada tanda lega.  Jelas terpancar di wajah si ibu akan kerisauannya.  Tak dapat dibayangkan andai terjadi apa-apa yang tidak diingini ke atas anak kecil itu.  Pasti si ibu merana kerana kejadian itu terjadi di depan matanya dan tidak mustahil jika si ibu menyalahkan dirinya sendiri atas kelalaiannya.


Dua situasi berbeza yang aku alami hari ini namun penuh maksud mendalam.  Bagaikan diberi petunjuk kepada aku dari-Nya.  Mulusnya kasih sayang mereka yang bergelar ibu bapa.  Tiba-tiba terlintas di fikiran andai suatu hari nanti ditakdirkan aku berumah tangga dan dikurniakan zuriat mampukah aku menjadi seorang ibu yang sempurna?  Mudah-mudahan apa yang aku saksikan hari ini dapat menjadi pegangan dan ingatan untuk hari kelak.

January 24, 2011

Nukilan Sang Hati

 Telah kugaris usia nan rapuh dihujung mimpi
Telah kusimpul kenangan di lembaran musim berganti
Malam pun menyambut keheningan dengan senyuman
Ku temui sebuah kata-kata yang tanpa akhirnya 

Ku tahu kehadirannya bersama embun
yang tiba-tiba membasah dihujung dedaun
yang jatuhnya di celah rerumput kering
Ku temui kerinduan diserakan reranting

Begitulah akhirnya sebuah perjalanan
meniti usia keremajaan yang semakin hilang
ditelan kenangan dan waktu yang pergi 
berlari bersama hati yang kian sepi... 

Oppss...  sebelum itu.  jangan salah anggap.  Ini bukannya hasil nukilan zati yang sebenar-benarnya.  Untuk pengetahuan, nukilan ini adalah hasil daripada luahan hati arwah ibu zati. Nukilan ini terhasilnya pada tarikh larikh arwah ibu.  Cuma zati tak pasti tarikh nukilan ini dihasilkan.  siapa-siapa yang minat sastera dapat tak anda fahami maksud tersurat dan tersirat disebalik nukilan arwah ibu zati.  Sebenarnya, kalau tiada minat sekalipun dan kita baca, fahami ayat itu sedalam-dalamnya mungkin kita akan dapat selami isi hati seseorang itu.  Zati faham apa yang tersirat dalam hati arwah.  Biarlah perkara itu zati simpan sendiri.  Selalu kita dengar peribahasa "bapak borek anak rintik."  Kalau kita ubah jadi "mak borek anak rintik" agak-agak boleh merosakkkan bahasa ibunda kita tak?  mmm...  fikir-fikirkanlah kesesuaiannya.  Baiklah, sekarang kita teruskan dengan nukilan ini pula.
 
Misteri hidup yang tersembunyi
tidak pernah kita ketahui dan sukar untuk dimengerti
 Sedangkan hati meronta untuk merungkai setiap persoalan
di dalam setiap episod kehidupan
Carilah hingga ke hujung dunia
percayalah
dalam seribu jawapan 
hanya satu yang dikau temui
Dikau umpama musafir yang tercari-cari sinar bahagia
 walau hati gentar menghadapi hari depan

percayalah
bahagia itu akan muncul jua
walau seribu langkah dikau mencari
suatu hari nanti pasti akan kunjung tiba...
Ini barulah nukilan dari luahan hati zati sendiri.  Terpulang pada siapa-siapa yang membacanya sama ada ingin memahaminya atau tidak.  Tiada paksaan untuk memahaminya...:)...  

Peringatan:  Baca dan fahami...  Tak mahu 'ciplak2'...  Ingat tu...