CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 20, 2011

Epik Cinta Teragung

Salam semua

Rasanya agak lama aku membiarkan blog ini berhabuk tanpa pengemaskinian yang terperinci serta pengisian entry-entry terbaru disebabkan beberapa kekangan yang membuatkan aku berhenti seketika untuk berblog even berblog walking di dalam blog-blog yang aku follow mahupun tidak.

Barisan pelakon disamping krew-krew pengambaran terlibat

Pusing kanan pusing kiri pusing depan pusing belakang
pandang depan pandang belakang pandang kiri pandang kanan
huhu, apa lagi yang aku nak tambah ni. Lompat kanan lompat kiri. Haha...
Di mana-mana saja ramai yang sibuk memperkatakan tentang 'Nur Kasih the Movie'.  Filem yang sudah semestinya mendapat tempat di hati peminat dan ianya sering menjadi sebutan ramai.
Masuk hari ini merupakan hari kedua tayangan filem Nur Kasih ditayangkan.  Memang hebat penangan filem ini yang ditayangkan bermula dari drama bersiri di TV3 sebelum ini.  Filem ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.  Aku yakin filem Nur Kasih mampu meraih sambutan yang luar biasa.  Sebuah ceritera cinta dan pengorbanan yang berlandaskan unsur-unsur keislaman mampu membuatkan kita terus tertumpu dan terpaku tanpa berkutik walau sesaat dari tempat duduk untuk mengetahui penghujung cerita tersebut. Dengan yakin seratus satu peratus ia mampu membuat sesiapa sahaja yang menontonnya menitiskan air mata sekaligus memberi efek yang mendalam terhadap jiwa penonton yang mendalami jalan cerita tersebut. Tahniah kepada para pelakon yang menjayakan filem ini.  Penghayatan serta penjiwaan watak mampu membuatkan setiap turutan jalan cerita ini hidup.  Bukan mempertikaikan kualiti cerita yang diadaptasi dari novel terutamanya dari negara jiran kita iaitu filem 'Ayat-ayat Cinta' juga 'Ketika Cinta Bertasbih'.  Ianya tidak kurang hebat juga. Tetapi, kata hati ini lebih memihak mengatakan bahawa filem Nur Kasih merupakan filem epik teragung pada masa ini dan Insya-Allah juga pada masa akan datang.  Jadi apalagi, mohlee kita beramai-ramai membuat rombongan Mak Limah, Mak Kiah, Mak Leha, Mak Timah...  beramai-ramai memenuhkan sekaligus memecahkan panggung untuk menonton cerita ini.  Bagi sesiapa yang tidak sempat meluangkan masa bersama seisi keluarga, cubalah curi-curi masa anda seketika untuk membawa keluarga anda menonton filem ini.  Pastinya ia berbaloi kerana mampu memberikan seribu satu kepuasan.