CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 29, 2011

Haa... amik kau...

Asslamualaikum...

Tepat jam 11 pagi.  Selesai sudah kerja-kerja menyiapkan 'minit mesyuarat' aku yang terakhir.  Ehh, salah2.  Salah bagi informasi. Draf minit mesyuarat. Bukannya minit mesyuarat sebenar yang telahpun ditandatangi pegawai atau Ketua Jabatan terlibat.  Apa-apa pun teramat lega sebab kerja-kerja yang diberi dapat disiapkan sebelum menanti detik untuk aku countdown for this last practical day.  Penat minda ni dok diperah macam memerah santan buat masak lomak.  Alamak aii, citoo pasal makanan la plak yoo.  Salah topik ni. Cepat-cepat kembali ke jalan yang benar.  U-turn balik cepat.  Hehe... Sah aku mengonggss pagi ni.  Apa aku nak buat ehh, dalam masa 4 jam yang bakal kunjung tiba nanti ? (tolak waktu rehat sebab hari ini Jumaat. Waktu rehat yang panjang.  Boleh top-up bagi siapa-siapa yang tak cukup masa  untuk hasilkan kilang taik mata. Bagi kaum Adam pulak jangan gatai2 nak buat kilang taik mata err.. Jangan lupa menunaikan tanggungjawab kalian terhadap-Nya. ngehe) Kerja pun dah beres.  Confirm busan.  fikir dok fikir, apalagi klik ke folder lagu-lagu, selongkar folder2 lagu yang ada dalam lappy. Layan setiap lagu-lagu yang dimainkan, kalau lagu-lagu yang busan didengar halwa telinga aku suka skip, cer cari lagu-lagu beshh yang tiptopp.   Sambil2 jenjalan kat fb n b'blogwalking dalam blog-blog pilihan. Then, klik ke folder??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Haaa, amik ko Zati.  Terjojol biji mata.  Berserabut segala urat saraf dalam pale nih.  Pandang aje benda alah ini mulalah mata kau bergayut-gayut minta dikatup.  Sebelum 11 Mei ini datang, cepat-cepatlah kau siapkan.  Kalau tak serve u right.. Then get ready untuk bersengkang mata 7 hari 7 malam untuk siapkan report yang dah seringkali bikin student2 LI yang lain termasuk aku meroyan segala bagai.  Kesimpulannya, aku confirm 101% semua student LI melalui situasi sama seperti apa yang aku lalui ini.  Apa-apa pun... mohlee, kengkawan kita sama2 menyiapkan report LI ini dengan jayanya.  Hope tiada lingkaran hitam kat mata sume time kita jumpa untuk temuduga LI 11 Mei ni yeah... hikhik..;) 

April 21, 2011

Happy2 Selalu

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi. Mana taknya, ada sesuatu perkara yang membuatkan aku gembira sangat dan tumpang bahagia atas bahagia yang dimiliki oleh seorang kawan yang sangat aku sayang ni.  Serasa macam nak buat sujud syukur aje kat ofis sekarang ini jugak.  Alhamdulillah, hajat aku untuk melihat empunya diri bahagia akhirnya dimakbulkan.  Semakin lama rasa terkilan itu semakin hilang bila aku dapat tahu darinya yang dia telahpun berpunya.  Cara perkenalan serta pertemuan merpati dua sejoli ni?  Nak tau juga ke.  Tak usahlah.  Bak kata orang jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua telah ditentukan-Nya.  Hiii,  terkezut mak bila baca kamoo da ber' in a relationship.  Tetiba je ye.  Apa cer tu?  Haha, ta apalah.  Pucuk pangkalnya, yang penting kamu bahagia.  Cuma satu pesan aku sebagai seorang kawan.  Jagalah perhubungan itu sebaik yang mungkin.  Menjadi matang dalam sesuatu perhubungan adalah sangat penting kerana itu adalah sesuatu yang aku sedang cuba dalam perhubunganku kini. Sudah berkali-kali aku melihat air mata kamu mengalir disebabkan insan yang bernama lelaki.  Lelaki yang buta yang tak tahu menghargai diri kamu.  Ahh, persetankan.  Lupakan semua itu.  Buka buku baru, lakarkan cerita baru yang lebih bermakna dan termanis daripada sebelum ini.

 Kawan, aku pesan sikit untuk abang sayang kamoo ni.  Kepada yang ditujukan ini En. NI...
- Jaga si dia yang kamu sayang sebaik yang mungkin.  Jangan sesekali kamu menyakiti hatinya kerana hatinya tersangat-sangatlah lembut.  Aku berharap kamu insan terakhir yang mampu membahagiakannya dan itu pengharapanku.  
- Ingat sekali hati perempuan itu disakiti, lukanya teramatlah lama untuk disembuhkan.  

Senang kata...  Jagalah dia ibarat dia hanyalah satu-satu permata bernilai buat kamu.  Kalau tak.  Watch out u..!  kalau tak mahu makan sup biawakss n memerangss air tangan zati, janganlah kamu berani buat hal.  Huhu..

Doa aku untuk kalian berdua semoga kalian berbahagia hendaknya dan dipertemukan jodoh.  Insya-Allah, insan yang baik akan dipertemukan dengan yang baik.  Apa yang penting kita kena sabar mencari dan menanti.  Tak lama lagi pakk2 kebunggg2 la tu..  hehe... Senyum-senyum selalu k...;)

April 12, 2011

Cahaya Apa tu??

salam semua

Ada cerita yang zati nak share dengan kalian semua.  Cerita yang sehingga kini menimbulkan tanda tanya dalam benak hati juga insan yang mengalami sendiri pengalaman itu.  Perkara ini terjadi dalam dua hari yang lepas.  Untuk pengetahuan, bukan zati yang mengalaminya.  Tapi ayah zati sendiri.  Lebih kurang dalam pukul 11 lebih sebelah malamnya.  Ayah bersama dengan abang sepupu duduk  bersantai sambil berborak-borak di anjung rumah sambil menikmati pemandangan malam.  Kebetulan waktu itu zati dengan adik dahpun lena diulit mimpi.  Tengah seronok berborak tiba-tiba di kejauhan ayah zati ternampak satu cahaya melintasi bumbung rumah nenek zati dalam anggaran jarak 200 meter jauhnya.  Tanpa semena-mena cahaya itu hilang.  Ayah ada bertanya dengan abang sepupu zati samada dia ternampak cahaya tersebut ataupun tak.  Tapi, abang sepupu zati kata tak nampak apa-apa cahaya yang terbang pun.  Apa yang peliknya waktu itu hanya ayah zati seorang saja yang nampak cahaya itu. 
Keesokannya, ayah bercerita tentang cahaya yang dia nampak.  Nak percaya pun susah tak nak percaya pun susah.  Bermacam andaian bermain-main di antara kami.  Mak Cik Zati yang duduk berhampiran dengan rumah beritahu dia tak nampak kelibat apa-apa cahaya pun pada malam yang ayah nampak cahaya itu, sedangkan malam itu mak cik Zati turut berada di luar rumahnya.  Zati berandaian cahaya yang ayah nampak itu kemungkinan kapal terbang.  Tapi, ayah cakap itu bukannya kapal terbang sebab dalam beberapa saat je cahaya itu menghilang macam itu saja.  Lagi satu cahaya itu lebih kurang berbentuk bulat.  Wallahualam, macam mana bentuk yang ayah zati nampak.  Itu tak berapa pasti, tapi itulah kenyataan yang zati dengar dari mulut ayah sendiri. 
Ayah cakap rugi tak tangkap gambar cahaya yang terbang itu sebab cahaya itu terus hilang macam itu aje.  Jadi tak sempat nak tangkap gambar.  Ada yang kata UFO, ada yang kata keris terbang.  Kawan ayah zati ada beritahu pada ayah,  cahaya itu bukan semua orang boleh nampak.  Hanya orang tertentu saja yang boleh nampak.  Dan berkemungkinan cahaya yang ayah nampak merupakan satu petanda bahawa ada orang yang menghantar santau.  Tapi, tentang kebenaran dan kesahihannya...  wallahualam, hanya Allah saja tahu kebenarannya.  Pelik tapi benar...  

April 8, 2011

Entry Kali ini... Rangkuman Dua Dalam Satu...

Salam semua...
Dah lama rasanya aku tak update blog.  nak berjalan-jalan dalam blog orang lain pun tak berkesempatan rasanya.  semenjak dua menjak ini macam-macam benda jadi kata aku.  Dari yang membuat isi jantung aku gugur ibarat buah durian yang gugur, almaklumlah tengah musim durian kan sekarang nih, sebab itulah timbulnya isu durian dalam blog aku nih... sampailah ke isu isi jantung aku selamat semula dari melepasi tahap kritikal yang aku alami.  Opss, untuk pengetahuan jangan salah anggap k.  Apa yang aku maksudkan isi jantung gugur bukannya disebabkan aku menghidap penyakit jantung atau apa jenis penyakit sekalipun. Maksud aku sakit dalaman.  Perang dalaman tuh.  betul-betul menguji tahap kesabaran.  Tapi apa-apa pun alhamdulillah sangat dan aku bersyukur pada-Nya, semua itu dah menjadi kenangan dan memori terindah dalam ingatan aku.  sampai bila-bila pun aku takkan lupakan semua itu.  Ibarat apa yang aku lalui telah diaturkan sejak dari mula lagi.  Sampai sekarang aku masih rasa seolah-olah semua itu hanyalah satu mimpi. 

Ada dua cerita yang aku nak share dan rangkumkan di sini sebenarnya... panjang tak agak-agak entry aku kali ini.  risau, takut ada yang bosan membaca entry aku kali ini.  hurmm, kalau nak baca terpulang dan kalau tak nak pi jauh2 na..

*************************************************
Tanggal 26 & 27 Mac 2011 (Hari Konvokesyen kali ke-6 di Politeknik tersayang. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam)
- Sebenarnya tak terangka dan terancang pun dalam minda nak jejakkan kaki ke sana   sepanjang aku menghabiskan hari-hari praktikal aku.  Itu semua adalah keputusan saat-saat akhir yang aku buat.  Dalam rancangan yang diatur oleh admin kami Cik Teddy (nama glam tuh) tersayang saya.  Ikutkan kehadiran ramai yang akan berkonvoi beramai-ramai pada hari konvokesyen itu, tapi akhirnya hanya kami berdua saja yang pergi mungkin disebabkan masing-masing mempunyai komitmen sendiri. 
- Niat ke sana semata-mata ingin berjumpa dengan kawan-kawan yang mungkin lepas ini takkan dapat berjumpa lagi disebabkan tempoh kursus aku di sana selama 2 tahun dan kawan-kawan yang lain 3 tahun.  Sedih sangat tak dapat jumpa dengan mereka lagi, nak-nak yang teristimewa dalam hati ini. Sobsob...~~  Bukan itu aje, kami ke sana pun semata-mata untuk menghantar surat rayuan kamsis untuk semestar akan datang.  Tapi malangnya kami dimaklumkan rayuan bagi pelajar lepasan LI tak boleh buat sekarang.  Rayuan mesti dibuat sewaktu hari pendaftaran kemasukan semestar akan datang. Nak tak nak terpaksa jugalah kami mencari rumah sewa yang berdekatan poli.
- Pertama kali aku menyaksikan hari konvokesyen yang meriah di politeknik.  Karnival besar-besaran kalau siapa-siapa yang kreatif kita boleh namakan karnival itu sebagai Karnival Padang Lecak.  Wahh, memandai-mandai je aku yerr.  Lecak ke berlumpur ke peduli apa redah aje. 
- Satu lagi kejadian yang umpama telah diaturkan untuk aku sebelum ke sana sehinggakan senyuman tak pernah lekang dari bibir sehingga detik ini.  Nak tahu ke?  hehe.. rasanya tak perlu kot. Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan orang-orang yang tertentu saja.  Biarkan kalian semua tertanya-tanya.
- Sungguh jeles rasanya melihat senior-senior dapat menggulung Diploma masing-masing.  Moga berjaya untuk kalian yang dah grade n kalau ada rezeki tingkatkan taraf hidup dengan sambung ijazah pulak yea.  Orang kata menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad. Bilalah turn aku pulak nak grade yeaa..?

*******************************************************
5 April 2011, Lecturer Mai Datang Sini.  Wahh, Bangga Nyah. ngehe..
Sebelum ini aku dimaklumkan yang pensyarah akan datang melawat sama ada pada tarikh 4 atau 6 April lepas.  Tup2, aku dimaklumkan pensyarah akan datang pada 5 April lepas.  Itupun disebabkan kawan LI aku yang lain hubungi pensyarah tersebut. huhh, bersyukur sangat-sangat bila pensyarah dah datang melawat. Terimbas balik kata-kata pensyarah yang datang melawat.  'Awak student terakhir yang kami lawat di sekitar area Klang ni.' Nama pensyarah pun lebih kurang sama dengan aku Izzati...  Nurul Izzati.  Bezanya aku dimulakan dengan 'Nur' Kebetulan kan.  Bercermin mata sama seperti aku.  comel aje orangnya... Serasa boleh bernafas dengan lega.  Cuma fikir lepas ini nak habiskan praktikal dan siapkan laporan LI pulak.  huhu, banyak jugak tu kerja yang nak dibuat. 

Okaylah, rasanya cukuplah aku membebel dalam entry kali ini.  Jumpa lagi di entry-entry aku yang akan datang...:)