CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 29, 2011

Hati Hanya Mampu Berdoa Untukmu.

Salam semua...

Belum pernah lagi Zati bercerita tentang 'Sahabat' kan...
dah selalu kita mendengar, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa disamping kita tidak kira saat kita senang mahupun saat kita mengalirkan air mata kesedihan...
Disaat diri kelemahan mereka yang datang menghulurkan pelukan semangat untuk memberi secebis kekuatan itu.
Tidak sedetik pun mereka berganjak saat hati ini dicarik-carik...
Itulah sahabat dunia akhirat
Demi melihat diri ini tersenyum kembali dia sanggup berkorban walaupun jauh di sudut hati hanya Allah yang tahu betapa derita yang dilaluinya.
Gelak tawanya, senda guraunya, wajahnya yang dipenuhi kegembiraan menggambarkan duka hatinya.
Tabahnya hatimu sahabat.
Sungguh aku tidak sekuat dan setabah sepertimu.
Terngiang-ngiang kembali kata-katanya...
"Biar aku yang merasa sakit itu, tapi aku tak sanggup melihat kawan yang aku sayang menderita.  Aku inginkan senyuman darimu kembali.  Seperti sebelum ini."
Sungguh diri ini terharu mendengar kata-katamu sahabat
Jasamu memang tak terbalas
Keranamu aku tersenyum kembali namun aku masih lagi terkilan kerana aku tidak mampu membuatkan hatimu gembira.
Doaku semoga Allah memberikan kebahagiaan buatmu.
Kamu juga insan biasa yang berhak untuk merasa bahagia.
Sungguh tidak adil rasanya andai aku gembira namun kamu menderita.
Aku bersyukur dikesempatan ini aku dipertemukan dengan kalian.
Walaupun dalam masa yang singkat terlalu banyak kenangan manis yang tercipta.
Sesungguhnya sukar untuk digambarkan semua itu.
Ingin aku katakan aku amat menyayangi kalian.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saat diri jatuh tersungkur.
Terima kasih kerana memberikan aku secebis kekuatan itu.
Kenangan bersama kalian menambah coretan sejarah yang bermakna didalam hidup ini.
Harapan serta doaku moga Allah kembalikan semula abang kami.
Serasa tidak lengkap hubungan persahabatan ini tanpanya.
Kami rindukan abang kami.
Kami sentiasa menantikan kedatangannya kembali semula pada kami.
Imbas kembali detik kita semua bersama.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Nasihatku penuh pengharapan yang tinggi menggunung
Pedulikan mulut-mulut insan yang berkata kerana kita lebih mengenali hati budi masing-masing.

Aku...  Sahabat yang masih lagi mengharap dan terus berharap...



March 24, 2011

Ingat... Di mana Bumi Dipijak di situ Langit Dijunjung.

“Ingat satu perkara ini.  Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.  Lain tempat lain caranya.”

Ayat yang sering diungkapkan oleh pensyarah kesayangan kami Puan Mariaty bt. Ahmad yang kami anggap sebagai ibu kami sendiri.
Ayat itulah yang sering terngiang-ngiang dalam fikiran aku sepanjang aku menjalani praktikal sekarang ini.
Lebih kurang macam itulah ayatnya
Merangkap kepada pensyarah subjek Typing dan Office Management bagi kelas DSK2C
Untuk pengetahuan, sekarang ini kami di sem 3 .
 Nak tahu sebab kenapa aku berkata yang sedemikian?
Kerana dia adalah insan yang setiap masa tidak jemu memberi nasihat setiapkali mengajar di kelas kami dan setiap nasihat yang diberi sentiasa menjadi pemangkin dan semangat yang kuat bagi kami untuk bertahan meneruskan perjuangan ini.
Entah kenapa tiba-tiba aku rindu untuk mendengar ayat tersebut darinya
Terbayang-bayang saat dia mengajar kami dan terbayang-bayang saat dia berkecil hati kerana sikap kami yang kadangkala menyinggung perasaannya
Dan terbayang-bayang saat kami berpusu-pusu ke Jabatan Perdagangan semata-mata untuk meminta maaf padanya
Saat itulah air mata jatuh berjujuran sehinggakan ada sesetengah pensyarah yang hairan melihat kami sekelas di situ bagaikan rombongan mak Limah lagaknya
Dan ada juga yang berpura-pura tidak menitiskan air mata tetapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu…
Waaa… menangis meraung…
Alamak…  dramatiklah pula waktu itu
Serius, memang kami gelabah sangat waktu itu saat Puan Mariaty kecil hati dengan kami sekelas.
Nak tahu apa kesalahan yang kami sekelas dah lakukan?
Hehe…  mana boleh beritahu.  Kalau nak tahu juga cuba-cubalah korek rahsia itu dari ahli DSK3C
Itupun kalau ada yang sudi nak buka mulut untuk bercerita
Bukannya apa.  Bimbang jika ilmu yang diberi tak diberkati
Aku yakin siapa-siapa yang berada di bawah didikan Puan Mariaty akan rasa apa yang kami rasa terutama bagi pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan
Tidak kira senior, junior ataupun yang sudah menamatkan pengajian
Dan bukannya aku nak kata pensyarah lain tak bagus
Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tak dinafikan juga tanpa mereka
Mungkin hingga kini kami takkan kenal apa itu trengkas dan shorthand
Tulisan ala-ala cacing yang kemengantukan gitu…
Bak kata Ustaz Farid
Kami adalah spesies DSK
Waaa… terbayang-bayang loghat jawa ustaz tu
Manis sungguh kenangan itu
Apa-apa pun khas ditujukan buat pelajar yang sedang berjuang menghabiskan hari-hari praktikalnya termasuk diri zati sendiri
Chayok2…! K…
Next sem… Panjang umur kita jumpa lagi.
Rindu dengan pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan terutama sekali poliku yang indah bersebelahan Laut China Selatan itu
Tak lupa juga memeranggss dan biawakkss yang sentiasa menjadi perhiasan di dalam poli kami…

...:-)

March 22, 2011

Guess what? Just Guess...


Apa kerja giler yang kami dah buat malam ini?
Aku rasa masih lagi ditahap dan kedudukan yang selamat
Entah apa mimpi malam ini aku pun tak tau
Tapi kan siyes memang agak release tension walau untuk seketika
heyy...  tapi apa yang kamu dah buat?!
Apa yang kami dah buat?
Kalian rasa apa?  guess guess guess...
huhuhu...
kerja yang agak sedikit giler kami buat malam ini
(sekadar gambar hiasan...  motif:ini siang hari bukan malam.  Sape yang tak perasan itu memang dah tak lama lagilah tu.  Opss... sory, tergurau lebih batas pulakk...  huhu...)
  
Merempit, merendek perkataan yang tersangat sinonim bagi mat2 rempit kat luar sana
uhh...  tapi kami tak tergolong dalam golongan ini
simpang malaikat 44...  minta dijauhkan k...
buat malu mak bapak je
walaupun tahap kelajuan hanya pada tahap yang dibenarkan
serasa seperti ingin menjerit pada dunia, dan terasa tubuh seakan melayang-layang di ruangan udara umpama beban yang ditanggung terlepas untuk seketika saat tubuh dipukul angin kencang
nak tahu ke beban berkaitan apa?  ishh... tak usah ambil tahulah.  Hanya rahsia kerajaan hati saya saja yang tahu dan hanya orang-orang tertentu saja yang tahu
ahh..!  kami peduli apa tentang rahsia kerajaan hati kamu.  Kami pun punya rahsia kerajaan hati masing-masing...
alamakkk...  dramatiklah pulak..
mungkin perasaan yang aku rasakan ini sama seperti mat2 rempit kat luar sana rasa saat mereka mulai beradu tenaga dan kuasa di atas jalan raya
teruk betul 
heyy...  nak tunjuk bakat ke nak lepaskan geram ke or nak release tension sekalipun biarlah di landasan yang betul...  aishh...  anak-anak muda zaman sekarang ini
ehem2...  diingatkan sekali lagi... kami tak tergolong dalam kumpulan itu k... semuanya       mempunyai tujuan tersendiri... 

sekian... dari saya si gadis yang agak mereng sikit malam nih...  sikit ke? no komen...  bak kata Fasha Sanda...  Opss..kontroversi tuh...
huhu...  renung-renungkan dan selamat beramal...

March 19, 2011

Hanya Kerana Dua Bungkus Nasi Lemak...

salam dan selamat pagi kepada semua...

Pagi ini kemamaian masih lagi menguasai diri mungkin disebabkan demam yang masih lagi belum kebah dan mungkin disebabkan penangan ubat yang aku makan malam tadi.  Ikutkan hati mahu saja aku telan sampai 4 biji ubat sekaligus.  Bagus.  Setiap bulan aku diberi kesakitan (demam) ini.  Nak buat macam mana.  Terima ajelah apa adanya.  Lagipun sakit ini adalah tak seberapa daripada menanggung sakit-sakit yang lain kan.  Hisyy... rasanya aku ini dah jauh menyimpang bercerita.  Ini dah lari jauh dari tajuk ini.  Okaylah...  kita berbalik kepada tajuk asal.  Bangun aje dari tidur aku segera mendapatkan komputer rumah aku.  kali ini bukan lappy aku tau sebab aku nak bagi dia rehat.  kesian kat lappy aku hampir seharian asyik setia berkhidmat untuk aku.  So, hari ini aku bagi dia cuti.  Hurmm.. sehari aje.  cukuplah itu.  Tengah khusyuk menghadap komputer, ayah aku yang tengah siap-siap untuk ke tempat kerja bertanya aku.  "akak nak sarapan apa?" then aku jawab.  "apa-apa aje.  tak kisah.  Tak payah beli.  Nanti akak dengan adik boleh masak." dalam kata erti lain macam mana aku nak makan kalau selera tak ada.  sebutir nasi pun susah nak masuk mulut.  lagipun aku tak nak susahkan ayah aku sebab tinggal lagi beberapa minit aje dia nak masuk kerja.  
Ayah aku pergi kerja seperti biasa.  selang beberapa minit aku terdengar bunyi motor dari luar rumah dan seseorang memberi salam.  Terkejut aku bila sepupuku merangkap kepada dua pupu..hurmm..berapa banyak pupu daa..  datang menghulurkan plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak untuk aku dan adik.  "Ini nasi lemak.  Ayah beli tadi." aku terus jawab.  "Ya Allah, susahkan abang aje sampai kena hantar ke sini."  lepas itu abang itu jawab.  "Tak apa.  Despatch."  kami tertawa kecil. geli hati dengan kata-katanya.  langsung aku tak kecil hati dengan kata-katanya sebab aku tahu dia ikhlas menolong mungkin disebabkan ayah kesuntukan  masa untuk berpatah balik semula ke rumah.  Terus aku ucap terima kasih kat dia. 

moral daripada apa yang aku dapat pagi ini...  seorang ayah yang sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya tanpa pedulikan tentang dirinya sendiri.  serba salah pula aku dengan ayah.  sarapan untuk aku dan adik ada.  tapi dia.  hurmm..  dan moral yang terakhir.  seorang insan yang sanggup dan ikhlas membantu seseorang yang memerlukan.  kesian pula aku dengan sepupuku.  dia dan isteri meniaga tapi terpaksa jadi despatch nasi lemak untuk aku.  apapun, aku terharu dengan kebaikan mereka.  moga mereka dimurahi rezeki dan sentiasa dilindungi di bawah lindungan-Nya..

Jumpa lagi di next entry
dari insan yang tak berselera hari ini...





March 18, 2011

Tatkala Sang Hati Bermonolog...

Salam semua..
Ingat lagi tak entry zati yang lepas bertajuk 'Usah Bersedih'.  Meluahkan kata-kata memang mudah tapi hanya yang menanggung sakit itu yang tahu apa rasanya.  Rasa sedih sehinggakan ingin melontarkan kata-kata amarah itu namun tidak kesampaian.  Rasa tak sampai hati.  Tapi macam mana pula dengan hati yang disakiti.  Terlalu banyak mengalah dan hati terlalu banyak menafikan kata sebaliknya sehingga ia memakan diri sendiri.  Sudah berkali memujuk hati sendiri yang berkecamuk.  Mengapa ia perlu berkesudahan begini andai sedar diri tidak berdaya?  Pelangi yang dulunya muncul setiapkali hujan kini hilang.  Usah berharap pada pelangi itu untuk mewarnai hidup kerana kadangkala warna pelangi itu adalah lebih sakit dari segalanya.  Serasanya seolah diri bermimpi tapi diri perlu bangkit dan hadapi kenyataan itu.  Saat mata terlelap tanpa sedar manik-manik air mata jernih mengalir.  Setitis demi setitis dan saat mata dibuka situasi yang sama berlaku.  Umpama anak kecil yang saat bangun dari tidurnya merengek minta dipujuk.  Sedarlah..!  hanya diri yang mampu memujuk hati sendiri.  Berapa lama perlu dirawat luka ini seandainya setiapkali kaki melangkah ke mana saja setiap inci kenangan itu turut mengekori diri.  Betapa susah untuk diusir ia tetap berdegil.  Wahai kenangan pergi engkau jauh dari sini usah mendera jiwa ini lagi...  Pergi engkau jauhhh... seandainya ia menyakiti...


March 16, 2011

Usah Bersedih...

Assalamualaikum...
Dediket ini Zati terima daripada seorang hamba Allah dan ingin zati tujukan khas buat insan-insan yang zati sayang.  Tak lupa juga ditujukan buat peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa saja yang tika ini sedang, telah atau yang belum diuji.  
Usah bersedih...  Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan
Usah bersedih...  Redha dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia
Usah bersedih...  Allah maha Pengampun lagi maha Penerima Taubat serta rahmat-Nya yang maha Luas
Usah bersedih...  semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihannya tersendiri
Usah bersedih...  bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari yang maha Esa
Usah bersedih...  sesungguhnya setelah kesusahan itu akan ada kemudahan
Usah bersedih...  sesungguhnya akan tiba kemenangan di atas kesedihan itu
Usah bersedih...  kerana kesedihan akan membuat musuh anda gembira
Usah bersedih...  atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah
Usah bersedih...  Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya apa yang telah diatur-Nya
Usah bersedih...  dunia ini terlalu hina untuk ditangisi

Walaupun betapa perit beban yang ditanggung dan walaupun kita tersenyum sedangkan hati sedang menangis
                   Insya-Allah... Allah itu sentiasa berada disamping kita
kerana Dia yang maha mengetahui segalanya...

March 14, 2011

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.  Jumaat, 11 Mac 2011 bermulalah perjalanan aku bersama adik dari Shah Alam menuju ke Gombak.  Hurmm, dari Shah Alam ke Gombak saja.  Jauh apanya.  Taklah jauh manapun. kasi gempak saja tajuk kat atas tu ya.  hehe... Sebaik pulang saja dari tempat praktikal petang itu aku dan adik segera bersiap-siap.  Hati tak sabar untuk berjumpa dengan keluarga Mak Ngah, kakak kepada arwah ibu aku saat kaki menapak ke stesen KTM Shah Alam Sek. 19.  Almaklumlah, serasanya lama tak berjumpa dengan mereka. Rasa rindu itu sudah semestinya ada apatah lagi sejak arwah ibu aku meninggal.  Jarang kami berkumpul seperti dulu.  Itupun jika kadangkala berkesempatan untuk berjumpa.  kami buat keputusan untuk bermalam di rumah Mak Ngah ini pun adalah keputusan saat-saat akhir.  
Tak rancang pun sebenarnya dan dalam diam hati aku bertambah riang sesampai saja kami di stesen LRT Taman Melati sambil menunggu kakak sepupuku, Kak Angah menjemput kami di stesen berkenaan.  Cuaca malam itu tidak berapa mengizinkan, agak renyai-renyai.  Aku anggap saja hujan pada Jumaat itu adalah hujan rahmat.
     Pak Ngah dan Mak Ngah
Siang hari perut berlapikkan lauk masak asam pedas ikan belanak hasil air tangan Mak Ngah.  Sangat  menyelerakan sehingga berkali tambah nasi dalam pinggan aku.  Berapa kali tambah?  Shh.. itu rahsia.  hehe... Serasa dah lama aku tak merasa masakan seenak itu. 
Mak Lang dan Pak Lang

Gambar yang di atas ini adalah Mak Lang, juga kakak kepada arwah ibu dan Pak Lang aku.  Dengar saja aku dan adik di Gombak, Mak Lang terus buat keputusan ke Gombak semata-mata untuk berjumpa aku dan adik.  Rasa terharu sangat. Sesampai saja ke Gombak terus ditarik adik aku baring dipangkuan dia.  Begitu juga aku.  Sebak rasanya kerana aku rasa seolah-olah aku sedang baring dipangkuan arwah ibuku sendiri.  Tiba-tiba kerinduan terhadap arwah ibu terbit semula.  Peritnya rasa hati namun aku simpan jauh-jauh.  Hampir terlena seketika aku dipangkuannya.  Mak Lang bukan datang dengan tangan kosong saja tau.
Ini pula santapan kami di waktu malam.  Nasi impit, kuah lodeh berserta dengan rendang daging yang sedikit membuat kepala aku berpusing seketika seusai makan.  Namun, semua itu tidak menghalang aku untuk menjamu makanan tersebut.  Pedulikan semua rasa itu, buang jauh ke tepi.  Apa yang penting aku menghargai hasil air tangan mereka.  Bukan selalu aku berkesempatan untuk merasai nikmat sebegitu.  Apabila berpeluang merasai nikmat seperti inilah aku akan menikmatinya sepuas-puas hati aku.  Saat itulah kami berkumpul bersama saling berkongsi cerita, rahsia...  sudah semestinya.  huhu... bergelak tawa dan tangis.   Sehinggakan kadangkala hati aku berat sekali saat aku ingin beransur pulang kerana setiapkali pulang setiap inci kenangan bersama mereka sentiasa mengekoriku. Kerana adanya mereka membuatkan kerinduan aku terhadap arwah ibu kembali terubat walaupun sedikit cebisan yang dirasa, aku puas. 


March 9, 2011

Minat dan Hobi. Dua Rangkuman menjadi Satu.

minat? hobi?
mana satu agaknya pilihan hati?
kedua-duanya sekali menjadi pilihan hati
dua rangkuman menjadi satu...
inilah antara salah satu minat yang tak pernah hilang sejak dulu sehingga sekarang
kata orang minat membaca itu sebaiknya kita pupuk sejak dari kecil lagi supaya menjadi kebiasaan apabila kian menginjak dewasa kelak
memang kepantangan aku kalau nampak iklan ataupun buku-buku novel depan mata ini
terutama sekali apabila kaki ini menapak ke kedai buku dan tempat pertama yang dituju pastilah
 'Bahagian Novel'
 
saat itulah aku akan menjadi rambang mata untuk memilih buku-buku yang mempunyai jalan cerita yang menarik

dan saat itu jugalah kedai buku tersebut akan dijadikan sebagai perpustakaan sementara aku
tak kisahlah sama ada novel itu akan dibeli atau tidak
bak kata orang sambil menyelam sambil minum air
oppsss... bukan aku seorang saja yang berbuat demikian
ada juga sesetengah pengunjung yang berbuat demikian

sesetengah orang mengatakan membaca novel ini satu aktiviti yang membuang masa dan menjerumus seseorang pembaca ke arah angan-angan kosong dan erti kata lain lebih menjurus kepada unsur-unsur jiwang.
di sini ingin zati perbetulkan sedikit persepsi tersebut.
cuba kita berfikir dari sudut positif
pendapat peribadi zati, banyak sebenarnya info yang boleh kita dapat melalui pembacaan novel ini
contohnya, zati dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penulisan seharian dan info tentang dunia luar yang kebanyakannya dicedok daripada majalah, surat khabar atau sebagainya.
sebagai kesimpulan, dari apa yang zati maksudkan ia sebagai 'tarikan' yang begitu kuat untuk mendekatkan diri seseorang itu melalui pembacaan tersebut
terutama sekali bagi sesiapa yang kurang mengambil tahu berkenaan isu semasa yang berlaku sama ada di sekeliling kita mahupun di luar sana.
apapun cara bagaimana kita menghadkan pembacaan novel itu
adalah bergantung pada diri kita sendiri
bagi zati tak salah kalau kita jadikan novel sebagai teman baik kita
 asalkan ianya masih lagi memberi kebaikan dan manfaat kepada diri kita semua...:)






Saintis Meramal Bencana Alam akan Berlaku Minggu Depan??

kawan-kawan.
ada tak kalian semua baca surat khabar pagi ini?
kalau ada yang belum berkesempatan untuk membaca senaskhah sekalipun
mari sini 
datang dekat
aipp... tak mahu dekat-dekat sangat...
mari sini zati tunjukkan info dari keratan akhbar kosmo!
yang sempat zati baca pagi ini.
nak percaya atau tak info ini?
kadangkala apa yang diramalkan oleh saintis adalah tepat dan benar
dan kadangkala adalah sebaliknya
sama-samalah kita berdoa agar tiada apa-apa perkara buruk yang akan berlaku
mudah-mudahan apa yang diramalkan oleh saintis terbabit adalah tidak benar
sama sekali
bayangkan andai ramalan ini adalah tepat 
dan ianya bakal berlaku
tidak dapat saya nak bayangkan apa kesudahannya
 
 Bahagianya hidup seperti kanak-kanak
Sama-samalah kita berfikir sejenak...




March 7, 2011

Hujung Minggu... Bagai Kami yang Empunya...

mmm... aktiviti apa nak dilakukan malam hujung minggu ini?
tangan mencapai alat kawalan jauh televisyen
tak ada langsung rancangan yang mampu menghiburkan
dan senang kata agak membosankan
bosan dan bosan setiapkali malam hujung minggu tiba
nak2 pula bila tak ada aktiviti yang nak dilakukan
(ada sebenarnya kerja yang perlu dilakukan cuma terasa liat sangat untuk lakukan kerja itu atau dalam kata erti lain malas.  bila tak ada mood nak buat kerja, inilah yang aku rasa.  bila dah sampai waktunya untuk aku siapkan kerja tu barulah saat itu bagaikan lipas kudung kerja itu aku sempurnakan.  padan dengan muka aku.  memang suka cari pasal...hehe...)
tiba-tiba terlintas di fikiran
 bagaikan menari-nari perkataan

MAMAK
dalam fikiran ini...
di antara banyak kedai makan bagi aku mamak is the best...!
tak perlulah nak bertapa ke kedai-kedai makanan mewah
 umpama indah khabar dari rupa
pinggan mengalahkan makanan
belum tentu perut yang berkeroncong ini rasa kenyang
harga mengalahkan harga sebuah rumah
wahh...! hiperbolanya...
atau dalam erti kata lain kalau boleh elakkanlah pembaziran ya..!
tapi kalau sekali-sekala nak merasa apa salahnya kan


hujung minggu ni bagai kami yang empunya


dengan berbekalkan lappy yang tak pernah berenggang dari aku dan diangkut bersama sekali ayah kesayangan
dan kadangkala sepupu-sepupu kesayangan aku
untuk pengetahuan ikut syif ya nak buat appointment dengan mereka semua ni...  hehe...
mereka jugalah pemandu-pemandu kesayangan
berapa banyak kesayangan daa.  ehh.. mestilah, merekalah pengarang hati buah jantung saya
tunggu masa zati dapat lesen time tu zati jadi driver kalian pula ya..!




bermulalah agenda kami menawan free wifi di mamak stall nihh
disamping meningkatkan lagi aktiviti menggemukkan badan kami
di waktu malam


dan tak lupa juga kepada ayah kesayangan
yang tak lekang mata menghadap perlawanan bola sepak
shhh.... snap senyap2 nihh. hehe...




alamakk...  terkantoi sudahh.  hehe...
 nasib baik ayah tak angkut sekali member dia
kalau tak habislah gempak HOORRRAYY..! GOALL..!
hehe.. ayah, nak HORRAY MORRAY kat rumah ya.
kadang-kadang hampir nak tercabutlah juga jantung ni saat perkataan
HOORRAAY MOORRAY...! GOALL...!
diteriak
mmm...  layannn...:)

apa-apa pun
mamak tetap menjadi pilihan hati saya
so senang la kalau nak ajak dating
jom mamak time
NO HAL...
cewahhh....  ayatt...
hehehe...

hari-hari lunch di pantry (itu aje yang mampu)
we'll see in the next entry...
senyum-senyum selalu..
(no question mark like my previous entry)
ahaa...  kali ini baru dapat senyum...
...;-D

March 4, 2011

Sejak Akhir-akhir ini...

Sejak akhir-akhir ini...

Kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini?
ataupun memang hari-hari aku macam ini?
memang lumrah semulajadi seorang perempuan
mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh
apatah lagi saat seseorang itu dirundung kesedihan
memang tidak diakui aku adalah salah seorang daripadanya

Bermuhasabah diri sendiri dan kembali kepada-Nya
sememangnya itu yang harus kita lakukan sebagai seorang muslim dan muslimah..

dan
betulkah muzik memainkan peranan penting bagi mood seseorang?
bagi aku YA...
betul sama sekali...

nak tahu apa yang aku buat bila aku rasa kesedihan yang teramat sangat sejak akhir-akhir ini?
... saat jari-jemari ini dengan ligatnya meng'klik' ke folder muzik lappy aku...

???




terpulanglah pada tanggapan sesiapa saja
nak kata jiwang ke atau apa saja sekalipun
 tiga lagu di atas inilah yang sering menjadi pilihan dan santapan halwa telinga aku
tanpa mengira waktu
apa yang penting hati dan perasaan itu sendiri
kerana aku sendiri yang merasa dan melaluinya...

hari-hari aku hidup berdikari
jumpa lagi di next entry...

senyum-senyum selalu??
kali ini tak dapat nak senyum selalulah...

huhu...




March 2, 2011

Minit Demi Minit... Apakah itu?

Salam semua...
tengah hari tadi waktu tengah brseronok menjamu selera
 di...
mmm... (tempat sengaja dirahsiakan)
dah bersungguh-sungguh berniat dalam hati ni..
'hbis waktu lunch ni aku nk siapkan minit mesyuarat aku yang dah lama menanti aku untuk disiapkan'
korang semua tahu ke apa itu minit mesyuarat?
kalau tahu bagus...  tabik spring kat korang.
kalau tak tahu.  mai cni aku terangkan.
'minit mesyuarat' yg paling manja sekali dengan seseorang yang bergelar setiausaha atau bakal setiausaha
seperti aku ni.
dah layak ke aku jadi setiausaha?
huhu...  kalau didengarnya akak-akak kat jabatan aku ni confirm aku kena gelak
memang aku akui yg aku mmg ta cukup hebat untuk mengorak langkah yg jauh ke arah itu
ilmu yg aku kmpul itu teramatlah sikit
banyak lagi yg perlu diasah 
ibarat pisau kalau diasah belakangnya pasti akan tajam dan mungkin ianya mngmbil ms yg lama 
ibarat belakang pisau itulah AKU...
 
sebelum aku merepek dan merapu yg bukn2 lebih baik aku kembali kepada topik aku yg asal 

MINIT MESYUARAT yee..

bagi siapa2 yg tak familiar dgn perkataan kat atas ni pasti tertanya2
haa??  minit mesyuarat?? apa plak tu?
huhu... dah selalu telinga ni menadah soalan itu terutama skali soaln drpd sesiapa yg ta prnh ambil course SU ni.
untuk pengetahuan, ini bagi persepsi aku sendiri.  dari apa yg aku belajar dan rujukan yg telah dibuat akan aku trngkan kemudian kayh..
pada persepsi aku minit mesyuarat merupakan satu catatan yg diambil sepanjang mesyuarat itu berlangsung
perkara yang dipersetujui, yang tidak dipersetujui, perkara yang dicadangkan dan sebagainya yg berkaitan dengan mesyuarat semuanya akan dicatat
tp yg bkn brkaitan dgn meeting tu jgnlah disertakan dlm minit plak yee..
lain pulak jdnya nnti...
tapi, kadang-kadang ada juga aku terbuat silap
selesai bermesyuarat, mulalah tugas kami iaitu steno2 di sini untuk menyediakan DRAF minit mesyuarat trlbih dahulu. 
opss... jgn trgopoh gapah nk sediakan minit mesyuarat dulu kalau 
draf tak keluar.
apa pulak kaitannya dgn DRAF minit mesyuarat ni?
td kata minit mesyuarat je... skrg ni plak draf...
hehe...  mesti ada yg pening lalat mmbca.

oklah zati terangkan pada siapa2 yang tak faham apa itu yang dipanggil dengan draf minit mesyuarat
yang dah tahu p men joh2 k
draf minit mesyuarat yang dah siap akan dicetak dengan menggunakan kertas kotor
atau kata dasarnya kertas-kertas kerja yang dah 'reject' dan dah tak diperlukan penggunaannya lagi

KECUALI
jika kertas kerja yang dah tak digunakan lagi itu merupakan kertas SULIT
draf minit mesyuarat yang dah selesai dicetak tadi akan dihantar ke Ketua Jabatan yang berkenaan jika ada sebarang pembetulan yang perlu dibetulkan
Ketua Jabatan berkenaan akan memulangkan semula draf minit mesyuarat tersebut kepada steno yang bertanggungjawab
setelah itu, bermulalah tugas seorang steno itu untuk membetulkan draf minit tersebut jika terdapat kesalahn pada draf minit yang telah disemak.
langkah terakhir, minit mesyuarat sebenar akan dicetak setelah draf minit tadi dikemaskinikan dan kemudiannya minit tadi akan dihantar semula ke Ketua Jabatan berkenaan untuk ditandatangani.

Zati tak dapat nak tunjukkan minit mesyuarat yang telah Zati sediakan atas bantuan akak-akak di ofis ni.  Zati difahamkan minit-minit mesyuarat yang dihasilkan adalah 'private'. 

Untuk pengetahuan itulah kerja yang Zati buat sepanjang Zati menjalani praktikal kat MPK ni.  attend meeting untuk mengambil minit mesyaurat then menghasilkan draf minit mesyuarat sekaligus menyediakan minit mesyuarat yang sebenar.

Rasanya cukup setakat ini dulu untuk entry kali ini sekadar berkongsi pengetahuan sesama kita. 
kesimpulannya, sebagai seorang manusia banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari dan perbaiki
tak kira apa jenis pekerjaan sekalipun.
moga kita sama2 enjoy dan ikhlas disamping melakukan tugasan masing2
walaupun pada mulanya kita tidak berapa menggemari pekerjaan tersebut
 Bak kata orang

TAK KENAL MAKA TAK SUKA
dan
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

akhir kata dari saya manusia yang sering ta lepas melakukan kesilapan...
senyum2 selalu...:)