CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 21, 2011

Happy2 Selalu

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi. Mana taknya, ada sesuatu perkara yang membuatkan aku gembira sangat dan tumpang bahagia atas bahagia yang dimiliki oleh seorang kawan yang sangat aku sayang ni.  Serasa macam nak buat sujud syukur aje kat ofis sekarang ini jugak.  Alhamdulillah, hajat aku untuk melihat empunya diri bahagia akhirnya dimakbulkan.  Semakin lama rasa terkilan itu semakin hilang bila aku dapat tahu darinya yang dia telahpun berpunya.  Cara perkenalan serta pertemuan merpati dua sejoli ni?  Nak tau juga ke.  Tak usahlah.  Bak kata orang jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua telah ditentukan-Nya.  Hiii,  terkezut mak bila baca kamoo da ber' in a relationship.  Tetiba je ye.  Apa cer tu?  Haha, ta apalah.  Pucuk pangkalnya, yang penting kamu bahagia.  Cuma satu pesan aku sebagai seorang kawan.  Jagalah perhubungan itu sebaik yang mungkin.  Menjadi matang dalam sesuatu perhubungan adalah sangat penting kerana itu adalah sesuatu yang aku sedang cuba dalam perhubunganku kini. Sudah berkali-kali aku melihat air mata kamu mengalir disebabkan insan yang bernama lelaki.  Lelaki yang buta yang tak tahu menghargai diri kamu.  Ahh, persetankan.  Lupakan semua itu.  Buka buku baru, lakarkan cerita baru yang lebih bermakna dan termanis daripada sebelum ini.

 Kawan, aku pesan sikit untuk abang sayang kamoo ni.  Kepada yang ditujukan ini En. NI...
- Jaga si dia yang kamu sayang sebaik yang mungkin.  Jangan sesekali kamu menyakiti hatinya kerana hatinya tersangat-sangatlah lembut.  Aku berharap kamu insan terakhir yang mampu membahagiakannya dan itu pengharapanku.  
- Ingat sekali hati perempuan itu disakiti, lukanya teramatlah lama untuk disembuhkan.  

Senang kata...  Jagalah dia ibarat dia hanyalah satu-satu permata bernilai buat kamu.  Kalau tak.  Watch out u..!  kalau tak mahu makan sup biawakss n memerangss air tangan zati, janganlah kamu berani buat hal.  Huhu..

Doa aku untuk kalian berdua semoga kalian berbahagia hendaknya dan dipertemukan jodoh.  Insya-Allah, insan yang baik akan dipertemukan dengan yang baik.  Apa yang penting kita kena sabar mencari dan menanti.  Tak lama lagi pakk2 kebunggg2 la tu..  hehe... Senyum-senyum selalu k...;)