CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 31, 2011

FINAL EXAM ouh FINAL SEMESTER...!

FINAL EXAM ouh FINAL EXAM…!
FINAL SEMESTER ouh FINAL SEMESTER…!

FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!
FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!

Ouhh, dua perkara ini yang kerapkali bermain di benak fikiran CK.  Tinggal lagi beberapa hari saja untuk tiba pada waktunya.  Dalam debar menghadapi FINAL EXAM rasa sayu nak menghabiskan this FINAL SEMESTER.  Cepatnya masa berlalu, dalam tempoh 2 tahun study di PSIS ini macam-macam kenangan yang CK lalui dan tempuhi di sini.  Susah dan senang kami bersama-sama.  Tempat ini yang pada mulanya memang tidak dinafikan CK agak benci untuk berada di sini.  Keinginan hati selalu memberontak mengatakan…

Fleshback…

 ‘aku tak suka berada di tempat ini! Boleh ke aku hidup di tempat yang seperti ini jauh dari keluarga? Sakit, lapar aku nanti siapa yang nak tolong tengok-tengokkan? Siapa yang nak menghantar aku ke klinik waktu aku demam? Siapa pula yang nak menghantar aku ke hospital waktu sakit gastrik aku datang kembali sehingga hampir terkulai layu macam daun kering lagaknya?! Siapa dan siapa?! 

Hoho, waktu itu pertama kali macam-macam rasa datang berkecamuk sekaligus dalam benak ini almaklumlah, pertama kali CK hidup berjauhan di samping keluarga.  Mungkin juga pada waktu itu CK tidak biasa hidup bersendirian di tempat orang.  Tapi, itu dulu. Kini, sangkaan dan tanggapan CK meleset sama sekali.  


Sakit, lapar CK ada kawan-kawan yang tolong ambil berat. Ada kawan-kawan yang sanggup menemani CK ke klinik jika demam.  Ada kawan-kawan yang sanggup menjaga waktu sakit gastrik CK datang menyerang kembali.  Ada kawan-kawan tempat untuk CK ketawa gembira dan ada kawan-kawan tempat untuk CK menangis meminjam bahu mereka tanpa keluh kesah mereka menghulurkan sedikit kekuatan itu. 

Tempat yang dulu CK benci kini menjadi ‘Rumah Kedua’ bagi CK walaupun tak dinafikan kadangkala agak tertekan berada di sini dalam tempoh yang agak lama.  Bertambah-tambah sedih bila CK dan kawan-kawan sedang menanti hari dan detiknya untuk bersama-sama menghabiskan setiap precious moment sebelum perpisahan itu dan sebelum mengikut haluan hidup masing-masing.  Sebak! Usah ditanya. Sudah semestinya kerana mereka la CK masih lagi mampu bertahan di sini.  Jatuh bangun CK mereka tetap ada di sini.  Kadangkala, walaupun CK cuba menyimpan semua rasa itu mereka tetap mampu mengesannya.  Tak perlu menafikannya kerana mereka lebih mengenali CK dari yang lain-lain. Sungguh CK terharu dengan keprihatinan mereka. 

Entah kenapa, berat rasanya untuk mengatur langkah ke hadapan selepas ini bersendirian tanpa mereka di sisi kerana adanya mereka telah menjadi satu kebiasaan buat CK. 

Berat juga rasanya apabila mengenangkan hakikat tentang satu kejadian ini dan sampai bila-bila takkan CK lupa.  Doa CK semoga dia dilindungi Allah sentiasa.  Semoga Allah mempertemukan titik bahagia dalam hidupnya yang tak mampu untuk CK beri. Andai masa boleh diputar kembali ingin saja CK membetulkan kembali apa yang telah terjadi.  Namun, mungkin semuanya dah terlambat kerana masa yang diputar itu hanya mampu untuk dikenang dan sukar untuk disentuh apabila sesekali rasa itu datang kembali mengusik. Walaupun, di hati masih lagi berharap akan ada keajaiban yang terjadi satu hari nanti tapi mustahil untuk semuanya berlaku. Sungguh, CK benar-benar menghargai setiap inci kenangan itu sehinggakan sukar untuk dilepaskan begitu saja.  

Apa-apa pun yang berlaku, CK berdoa dan berharap agar CK serta kawan-kawan mampu menghadapi detik final nanti.  Semoga kami mampu melakukan yang terbaik untuk final exam yang semakin hampir.  Setiap dugaan yang Allah beri tika ini akan cuba kami lalui walaupun perit kerana kami percaya kepahitan yang kami lalui akan memberi kemanisan di pengakhirannya. Doakan kami yeah...!

Mungkin benar kata orang. Apabila kita dah memasuki ke alam pekerjaan nanti pasti kita akan merindukan zaman belajar bersama teman-teman. Waktu itu kita akan menghargai detik susah payah bersama-sama hingga ke akhirnya.

Note :- Untuk sahabat-sahabat yang bakal menghabiskan Latihan Industri mereka ‘good luck’ CK ucapkan.  Sedih rasanya sebab dah tak berkesempatan untuk bertemu dengan kalian lagi.  Semoga sukses selalu ! Insya-Allah jika diberi peluang dan kesempatan ingin CK bertemu dengan kalian lagi kelak.



October 29, 2011

Tanggal 26 Oktober 2011, Lumut mencuri tumpuan CK

Alhamdulillah, akhirnya hari ini segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang sering mengusik hati ini tak kira ke mana saja kaki melangkah dan apa saja yang CK lakukan. Final test yang CK harap-harapkan penantiannya akhirnya berakhir dengan ‘tak jayanya’.  Haha.. dalam erti kata lain takut, kecut perut semua rasa ada.  Hopefully dapat best mark untuk effort yang telah CK dan kawan-kawan buat.  Kita ketepikan dulu cerita itu.

Deepavali.
Tiba-tiba aje CK cerita pasal Deepavali ini?

  Tanggal 26 Oktober 2011 perayaan Deepavali disambut oleh semua kaum India di Malaysia.  Dah tentu waktu itu waktu cuti umum.  Pasti lebih ramai ibubapa yang sedang bercuti membawa keluarga masing-masing untuk have fun right. 
kalau CK kata CK nak tumpang sekaki sambut perayaan ini tak salah kan kan kan.. 

Jom, sambut Deepavali mandi minyak kat pantai Lumut.  Haha…
Thanks banyak-banyak CK ucapkan pada sahabat CK ‘Cik Kiah bukan Cahaya Kekuatanku, okay’ aka ‘Nur’Syakira’ juga si buah hati pengarang jantungnya ‘abang palish’ aka ‘Fariz Ismail’.

Both of u making my day that day walaupun ketenangan yang CK dapat itu hanya untuk sementara waktu tapi sekurang-kurangnya CK puas sebab CK dapat rasakan keikhlasan kalian berdua.

Kepada ‘Dua merpati sejoli kesayanganku’

Terima kasih sebab…
sudi jadi pemandu tak langsung CK walaupun CK da offer diri untuk gilir-gilir drive.  Kesian kamu berdua terpaksa drive dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat.

Terima kasih juga sebab…
Sudi bawa CK ‘jalan-jalan cari makan’ di Restoran yang berkonsepkan makan secara layan diri semua ambil sendiri termasuk air pun ambil sendiri yang CK rasa belum lagi CK temui di Selangor.  Mungkin juga ada tapi masih lagi belum explore sehabis mungkin dan mungkin juga hanya ada satu-satunya di Lumut ini.  Bila nampak bermacam 40 jenis lauk CK rambang mata sekejap.  Huh, pening tak tahu nak pilih lauk yang mana satu, dalam erti kata lain ‘jakon’ sebentar. Haha. Sampai sekarang masih terbayang-bayang lauk Burung Puyuh masak kicap antara salah satu lauk istimewa di restoran itu.  Ini bukan tipu atau rekaan semata-mata. Restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan ‘Jalan-jalan Cari Makan’ tau.  Jadi tak hairanlah kalau ramai pengunjung yang datang ke restoran itu termasuk pelancong dari luar negara disebabkan makanannya yang betul-betul membuka selera.

Dan terima kasih juga sebab…


Sudi bawa CK ke tempat ini semata-mata untuk mencari sedikit ketenangan melihat dunia luar sekejap.  Haha, bunyi macam dah lama sangat kena kurung kat PSIS sampaikan nak nampak dunia luar pun susah ya.  Haha, tapi mungkin itu hakikat sebetulnya.  Sesekali tengok laut dan langit yang luas terbentang membuatkan hati CK sedikit tenang cuma kadangkala rasa itu sesekali datang mengusik. Hoho, tak suka. Pergi jauh-jauh!

 Sampaikan tertidur sekejap disebabkan keletihan yang teramat.  Mana tidaknya, buat assignment sampai pukul 5 pagi semuanya gara-gara line broadband di PSIS yang sangat-sangatlah romantiknya.  Tapi apakan daya, bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.  terima ajelah.
  
 'Cik Kiah' aka 'Nur'Syakira anak wak Musriman' kesayangan CK.  Dialah penghibur hati CK yang selalu buat CK ketawa terkekek dengan lawaknya.  Sayang kamu.  Semoga bahagia di samping abang Palish mu yang tersayang. Hehe...

October 28, 2011

'Cahaya Kekuatanku' kata hanya sekadar mukadimah saja.

Salam terlebih dahulu diucapkan kepada semua pembaca.

Dah terlalu lama aku sengaja membiarkan blog aku berhabuk terbiar tak terjaga bersawang sana-sini.  Haha, cuma macam-macam jenis sarang aje yang aku tak nampak kat sini.  Tergerak hati aku untuk bangkit menulis semula apabila ada seorang rakan aku yang bertanyakan ‘bila aku nak update blog aku ni?’ katanya teringin nak berblog walking dalam blog aku yang tak seberapa ini.  

Okaylah, kawan demi kamu aku turutkan juga. Dan disebabkan kesungguhan kamu aku mencuba juga untuk bangkit walaupun agak payah.  Agak payah? Keliru aje bunyinya.  Haha, biarlah hanya insan di sekelilingku yang benar-benar memahami saja mengerti kiasan kata-kata itu. 

Tapi bukan semata-mata untuk itu saja.  Disebabkan cita-cita untuk menjadi penulis masih lagi belum tercapai jadi, tak salah untuk aku menonjolkan bakat yang tak seberapa ini ke dalam penulisan blog.  Sekadar untuk berkarya di ruang ini serta bersama-sama berkongsi cerita suka duka kehidupan aku bersama-sama insan tersayang juga berkongsi info yang mungkin akan aku kongsi bersama-sama dengan blogger lain juga pembaca yang sudi melawat blog ‘Cahaya kekuatanku’ ini.  ecece.. Cahaya kekuatanku?  Huhu.. konon la kuat sangat ye.

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi sekarang ini dan roomate aku pun dah membuta mungkin juga dah transit ke alam mimpi dan aku pula masih lagi di sini berjaga bagaikan burung hantu lagaknya. Mata masih lagi degil untuk minta dikatup.  Erti kata lainnya dah beberapa malam aku tak boleh tidur. Sekejap aku tidur dan sekejap aku berjaga.  Ohh, sangat merimaskan menghadapi situasi ini. 

Masih tak sedar lagi esok ada final test. Boleh buat atau tidak aku tak mampu nak kata lebih.  Apa yang penting aku hanya mampu berserah saja kerana aku dah berusaha yang semampu mungkin. Doakan segalanya dipermudahkan ya kawan-kawan.

 Sebelum aku merapu yang bukan-bukan lebih baik aku berhenti untuk setakat ini saja.  Ini cuma sekadar mukadimah.  Jumpa lagi di dalam entry lain. Insya-Allah mungkin entry yang lebih menarik dari entry-entry sebelum ini yang akan menyusul oleh ‘CK’ aka ‘Cahaya kekuatanku’.