CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 31, 2011

FINAL EXAM ouh FINAL SEMESTER...!

FINAL EXAM ouh FINAL EXAM…!
FINAL SEMESTER ouh FINAL SEMESTER…!

FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!
FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!

Ouhh, dua perkara ini yang kerapkali bermain di benak fikiran CK.  Tinggal lagi beberapa hari saja untuk tiba pada waktunya.  Dalam debar menghadapi FINAL EXAM rasa sayu nak menghabiskan this FINAL SEMESTER.  Cepatnya masa berlalu, dalam tempoh 2 tahun study di PSIS ini macam-macam kenangan yang CK lalui dan tempuhi di sini.  Susah dan senang kami bersama-sama.  Tempat ini yang pada mulanya memang tidak dinafikan CK agak benci untuk berada di sini.  Keinginan hati selalu memberontak mengatakan…

Fleshback…

 ‘aku tak suka berada di tempat ini! Boleh ke aku hidup di tempat yang seperti ini jauh dari keluarga? Sakit, lapar aku nanti siapa yang nak tolong tengok-tengokkan? Siapa yang nak menghantar aku ke klinik waktu aku demam? Siapa pula yang nak menghantar aku ke hospital waktu sakit gastrik aku datang kembali sehingga hampir terkulai layu macam daun kering lagaknya?! Siapa dan siapa?! 

Hoho, waktu itu pertama kali macam-macam rasa datang berkecamuk sekaligus dalam benak ini almaklumlah, pertama kali CK hidup berjauhan di samping keluarga.  Mungkin juga pada waktu itu CK tidak biasa hidup bersendirian di tempat orang.  Tapi, itu dulu. Kini, sangkaan dan tanggapan CK meleset sama sekali.  


Sakit, lapar CK ada kawan-kawan yang tolong ambil berat. Ada kawan-kawan yang sanggup menemani CK ke klinik jika demam.  Ada kawan-kawan yang sanggup menjaga waktu sakit gastrik CK datang menyerang kembali.  Ada kawan-kawan tempat untuk CK ketawa gembira dan ada kawan-kawan tempat untuk CK menangis meminjam bahu mereka tanpa keluh kesah mereka menghulurkan sedikit kekuatan itu. 

Tempat yang dulu CK benci kini menjadi ‘Rumah Kedua’ bagi CK walaupun tak dinafikan kadangkala agak tertekan berada di sini dalam tempoh yang agak lama.  Bertambah-tambah sedih bila CK dan kawan-kawan sedang menanti hari dan detiknya untuk bersama-sama menghabiskan setiap precious moment sebelum perpisahan itu dan sebelum mengikut haluan hidup masing-masing.  Sebak! Usah ditanya. Sudah semestinya kerana mereka la CK masih lagi mampu bertahan di sini.  Jatuh bangun CK mereka tetap ada di sini.  Kadangkala, walaupun CK cuba menyimpan semua rasa itu mereka tetap mampu mengesannya.  Tak perlu menafikannya kerana mereka lebih mengenali CK dari yang lain-lain. Sungguh CK terharu dengan keprihatinan mereka. 

Entah kenapa, berat rasanya untuk mengatur langkah ke hadapan selepas ini bersendirian tanpa mereka di sisi kerana adanya mereka telah menjadi satu kebiasaan buat CK. 

Berat juga rasanya apabila mengenangkan hakikat tentang satu kejadian ini dan sampai bila-bila takkan CK lupa.  Doa CK semoga dia dilindungi Allah sentiasa.  Semoga Allah mempertemukan titik bahagia dalam hidupnya yang tak mampu untuk CK beri. Andai masa boleh diputar kembali ingin saja CK membetulkan kembali apa yang telah terjadi.  Namun, mungkin semuanya dah terlambat kerana masa yang diputar itu hanya mampu untuk dikenang dan sukar untuk disentuh apabila sesekali rasa itu datang kembali mengusik. Walaupun, di hati masih lagi berharap akan ada keajaiban yang terjadi satu hari nanti tapi mustahil untuk semuanya berlaku. Sungguh, CK benar-benar menghargai setiap inci kenangan itu sehinggakan sukar untuk dilepaskan begitu saja.  

Apa-apa pun yang berlaku, CK berdoa dan berharap agar CK serta kawan-kawan mampu menghadapi detik final nanti.  Semoga kami mampu melakukan yang terbaik untuk final exam yang semakin hampir.  Setiap dugaan yang Allah beri tika ini akan cuba kami lalui walaupun perit kerana kami percaya kepahitan yang kami lalui akan memberi kemanisan di pengakhirannya. Doakan kami yeah...!

Mungkin benar kata orang. Apabila kita dah memasuki ke alam pekerjaan nanti pasti kita akan merindukan zaman belajar bersama teman-teman. Waktu itu kita akan menghargai detik susah payah bersama-sama hingga ke akhirnya.

Note :- Untuk sahabat-sahabat yang bakal menghabiskan Latihan Industri mereka ‘good luck’ CK ucapkan.  Sedih rasanya sebab dah tak berkesempatan untuk bertemu dengan kalian lagi.  Semoga sukses selalu ! Insya-Allah jika diberi peluang dan kesempatan ingin CK bertemu dengan kalian lagi kelak.