CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 19, 2011

Hanya Kerana Dua Bungkus Nasi Lemak...

salam dan selamat pagi kepada semua...

Pagi ini kemamaian masih lagi menguasai diri mungkin disebabkan demam yang masih lagi belum kebah dan mungkin disebabkan penangan ubat yang aku makan malam tadi.  Ikutkan hati mahu saja aku telan sampai 4 biji ubat sekaligus.  Bagus.  Setiap bulan aku diberi kesakitan (demam) ini.  Nak buat macam mana.  Terima ajelah apa adanya.  Lagipun sakit ini adalah tak seberapa daripada menanggung sakit-sakit yang lain kan.  Hisyy... rasanya aku ini dah jauh menyimpang bercerita.  Ini dah lari jauh dari tajuk ini.  Okaylah...  kita berbalik kepada tajuk asal.  Bangun aje dari tidur aku segera mendapatkan komputer rumah aku.  kali ini bukan lappy aku tau sebab aku nak bagi dia rehat.  kesian kat lappy aku hampir seharian asyik setia berkhidmat untuk aku.  So, hari ini aku bagi dia cuti.  Hurmm.. sehari aje.  cukuplah itu.  Tengah khusyuk menghadap komputer, ayah aku yang tengah siap-siap untuk ke tempat kerja bertanya aku.  "akak nak sarapan apa?" then aku jawab.  "apa-apa aje.  tak kisah.  Tak payah beli.  Nanti akak dengan adik boleh masak." dalam kata erti lain macam mana aku nak makan kalau selera tak ada.  sebutir nasi pun susah nak masuk mulut.  lagipun aku tak nak susahkan ayah aku sebab tinggal lagi beberapa minit aje dia nak masuk kerja.  
Ayah aku pergi kerja seperti biasa.  selang beberapa minit aku terdengar bunyi motor dari luar rumah dan seseorang memberi salam.  Terkejut aku bila sepupuku merangkap kepada dua pupu..hurmm..berapa banyak pupu daa..  datang menghulurkan plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak untuk aku dan adik.  "Ini nasi lemak.  Ayah beli tadi." aku terus jawab.  "Ya Allah, susahkan abang aje sampai kena hantar ke sini."  lepas itu abang itu jawab.  "Tak apa.  Despatch."  kami tertawa kecil. geli hati dengan kata-katanya.  langsung aku tak kecil hati dengan kata-katanya sebab aku tahu dia ikhlas menolong mungkin disebabkan ayah kesuntukan  masa untuk berpatah balik semula ke rumah.  Terus aku ucap terima kasih kat dia. 

moral daripada apa yang aku dapat pagi ini...  seorang ayah yang sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya tanpa pedulikan tentang dirinya sendiri.  serba salah pula aku dengan ayah.  sarapan untuk aku dan adik ada.  tapi dia.  hurmm..  dan moral yang terakhir.  seorang insan yang sanggup dan ikhlas membantu seseorang yang memerlukan.  kesian pula aku dengan sepupuku.  dia dan isteri meniaga tapi terpaksa jadi despatch nasi lemak untuk aku.  apapun, aku terharu dengan kebaikan mereka.  moga mereka dimurahi rezeki dan sentiasa dilindungi di bawah lindungan-Nya..

Jumpa lagi di next entry
dari insan yang tak berselera hari ini...