CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 16, 2011

Usah Bersedih...

Assalamualaikum...
Dediket ini Zati terima daripada seorang hamba Allah dan ingin zati tujukan khas buat insan-insan yang zati sayang.  Tak lupa juga ditujukan buat peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa saja yang tika ini sedang, telah atau yang belum diuji.  
Usah bersedih...  Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan
Usah bersedih...  Redha dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia
Usah bersedih...  Allah maha Pengampun lagi maha Penerima Taubat serta rahmat-Nya yang maha Luas
Usah bersedih...  semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihannya tersendiri
Usah bersedih...  bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari yang maha Esa
Usah bersedih...  sesungguhnya setelah kesusahan itu akan ada kemudahan
Usah bersedih...  sesungguhnya akan tiba kemenangan di atas kesedihan itu
Usah bersedih...  kerana kesedihan akan membuat musuh anda gembira
Usah bersedih...  atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah
Usah bersedih...  Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya apa yang telah diatur-Nya
Usah bersedih...  dunia ini terlalu hina untuk ditangisi

Walaupun betapa perit beban yang ditanggung dan walaupun kita tersenyum sedangkan hati sedang menangis
                   Insya-Allah... Allah itu sentiasa berada disamping kita
kerana Dia yang maha mengetahui segalanya...

3 comments:

cik tedd said...

mengapakahhhh gambar saya disitu ! waaaaa sedey ni sedey ni bace entry ko

eyqasara said...

ika pun bersedih jugak.. juz tak tunjuk je.. hihihi.. ups! huhuhu...

snowballgirl said...

entry ni sbnrnya ada mksud trsndiri dan aku tujukan terutama kpd insn2 yg ada dlm gmbr2 tu. sori upload tanpa kbnran. tak mau brsdh lg ye. be strong k.. aku un sbnrnya tgh brsdh tp ta buleh nak meraung n melalak..huhu...