CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

February 19, 2013

Puding Caramel. Done. Siap!

Akhirnya Puding Caramel hasil air tangan CK menjadi.  Suker2nya!  Terlebey excited pulak.  Yalah, first time buatkan.  Tu yang rasa nak terkinja-kinja sekejap tu.  Buruk noo rupee.  Ramai yang dah mencuba resepi ni.  CK aje yang ketinggalan tertinggal keretapi. muehehe.. It's ok. Nevermind.  Soal itu kita ketepikan dulu.  Sebenarnya CK dah lama nak merasa puding ni.  Last makan time kat poli dulu.  Itupun kawan CK Nia yang bawa.  For sure recipe ni pun dari mama Nia.  Thanks auntie Mimi for this simple recipe.  Sangat mudah untuk dibuat and yang penting bahan pun senang dicari.  Disebabkan dapat recipe daripada auntie Mimi hari ni, malam ni juga CK buat puding tu.  Bahan pun memang dah ada kat rumah.  Apalagi mohle kita kite buat puding caramel campak baling ni. Hihihi.  

Okay, ini recipe yang auntie Mimi kongsikan...

*BAHAN-BAHAN*


#7 biji telur
#1 tin susu pekat
#1 tin air kosong@mineral water
#1 sudu teh esen vanilla
#2 sudu besar gula (kalau nak kurang manis boleh kurangkan gula sebab kalau ikutkan susu pekat yang nak digunakan tu pun dah manis) 

*CARA-CARA*


Panaskan loyang dengan api yang kecil.  Masukkan gula ke dalam loyang.  Jadikan sebagai gula hangus.  Then ketepikan.  Jangan lupa sediakan pengukus terlebih dulu untuk kukus puding ni nanti.


Campurkan kesemua telur,1 tin susu pekat, 1 tin air dan 1 sudu teh esen vanilla tadi.  Pukul menggunakan garpu sehingga sebati.  Kalau ikutkan pukul satu-persatu.  Sebab nak jimat masa CK campurkan dan pukul kesemua bahan tadi.  Perlahan-lahan.  Lemah-gemalai gitu gayanya.  hehehe...



  Selesai aksi pukul memukul ala-ala lemah gemalai tarian tradisional Siam.  Cehh!  tarian tradisional Siamlah sangat.  Tak berseni langsung kalau CK yang buat.  Ngehngeh...  Kemudian tuang kesemua bahan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.  Selesai...  Oppss, belum selesai lagi.  Langkah terakhir.  Kukus selama 20 minit.


Selepas 20 minit berlalu.  Takut nak sentuh sebab sangat lembut dan gebu.  Macam JELLY2...~~~

 At last selesai aksi berkung fu terbalik menterbalikkan loyang 
(Gementaq jugak tangan tau.  Takut puding tu terbang melencong ke tempat lain.  Tak ke naye.  Mahu patah hati hancur luluh kalau lebur macam tu aje.  7 biji telur tu.  Erti kata lain takut big boss a.k.a ayah tersayang   bising.  Membazir telur ayam yang hampir habis dikebas sepapan. ngeee... agaga..) 




Tadaaa..!  Inilah hasilnya daripada hasil air tangan CK yang tak seberapa nak berapa ni.  Jadilah kan walaupun rupanya tak semolek mana.  Hihi.. selebihnya boleh simpan dalam peti sejuk.  Makan time sejuk2 lagi sedap.  So, next time kalau terasa2 nak makan pemanis mulut buat tambah pemanis bicara mulut (Cehh! overlah pulak kau CK. Ketuk pale sendiri) bertambah2 rajinlah buka peti sejuk lepas ni.  SELAMAT MENCUBA! ^_-

February 9, 2013

Simptom Mata Bengkak a.k.a Simptom Bengkak Hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pejam celik pejam celik hampir setahun CK biarkan blog ni berhabuk tanpa hamparan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian CK.  Dalam masa setahun selepas CK habis belajar macam-macam perkara yang terjadi.  Bermacam-macam perkara juga yang CK lalui samada perkara yang CK suka mahupun tidak.  Kalau nak diceritakan sepanjang setahun itu sampai setahun akan datang pun belum tentu habis cerita.   

Sesungguhnya ujian demi ujian yang Allah datangkan kepada kamu itu bemaksud Allah menyayangi dirimu.  Juga sebagai tanda Allah memberi peringatan supaya sentiasa mengingati-Nya. Setiapkali ujian yang Allah datangkan pasti kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas daripada merasa  terbeban dengan ujian tersebut.  Kadangkala sering saja keluhan demi keluhan tidak terlepas keluar dari mulut kita.  Walau terbeban bagaimana sekalipun ujian yang kita rasakan berat itu, bersangka baiklah sentiasa dengan aturan yang Allah telah aturkan kepada kita.

Mungkin mudah bagi mulut menuturkan bicara tapi bukan bagi insan yang menanggungnya.  Dan mungkin juga berat bagi mata yang menyapanya namun tidak bagi mata yang menyapa keperitan itu.  Tak dinafikan semua manusia melaluinya.  Malah itulah lumrah sebuah kehidupan.  Memang sesungguhnya CK manusia biasa yang lemah namun berpura-pura kuat namun suatu saat apabila tiada daya kudrat hati dan jasad ini menanggungnya CK tetap akan kalah.  Rebah jatuh lemah dan longlai.  Kalah dengan ujian yang diberi.

Wahh!  Betapa lemahnya semangat ini.  Sehinggakan pada satu tahap yang paling tidak mampu untuk ditanggung, terjadilah seperti saat ini 'Simptom Bengkak Hati' menular sekaligus meleret kepada 'Simptom Mata Bengkak'.  'Simptom Mata Bengkak' masih lagi mampu ditahan namun 'Simptom Bengkak Hati'... Masya-Allah, hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya rasa hati.  Andai benar kita berada di pihak yang benar , biarlah Allah sendiri yang mengadilinya kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.  Tiada daya CK untuk mengadili serta menghukumnya sekaligus menzaliminya.  Kata-kata arwah ibu CK masih lagi CK pegang sehingga kini.

"Biar orang menyakiti diri kita tapi jangan sesekali kita menyakiti diri seseorang itu"

Cetusan dari status FB CK:-
Teringat akan pesanan dan kiasan kata seseorang.

"Tengok rumput-rumput tu. luarannya aje nampak cantik tapi kita tak tahu betapa banyak lopak-lopak yg ada disebaliknya."

~Boleh jadi sesuatu yg tidak kita sukai adalah sesuatu yg terbaik buat diri kita tanpa kita sendiri sedari~ remember that Zati!
(Terima kasih Mak Teh atas nasihat yg diberi.  CK masih pegang kata-kata nasihat tu.  Walau apa yg mendatang CK cuba juga gagahkan diri.  Kuatkan semangat utk cuba belajar jd kuat.)

Merawat hati dengan khalimah Bismillah serta khalimah sucinya yang lain.  Bukan hanya disaat sedih datang menimpa saja baru kita nak mengadu pada-Nya.  Sekali lagi itu peringatan buat diri sendiri.
La Tahzan wahai hati.  

January 8, 2012

Cruel Love


Salam kepada semua

Mood hari ini.  CK agak kurang sihat sikit.  Perut asyik meragam buat hal dan tidur pun tak berapa nak cukup sangat.  Seharian hari ini asyik duduk terperap dalam bilik aje dan paling kesian ayah CK pulak yang kena masak hari ini.  tukar shift. Wehoo ! memang betul-betul tak larat dan tak ada mood nak buat sebarang kerja hari ini.  aisyy, sebenarnya bukan ini yang CK nak habaq kat semua.  Kalau dah sakit nak buat macam mana kan. Terima ajelah.  Anggap ini ujian kecil aje dari-Nya ^_^

Pagi petang siang malam tak kira masa, everything about Korea aje yang CK hadap.  Nak-nak bila dah start jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni.  Ececeh.. dalam erti kata lain jadi ‘Penganggur Terhormat’ kat rumah.  Kalau pada siapa-siapa yang tak berminat tu dah sah-sah jemu.  Haha, untung CK tak jemu lagi.  Nak buat macam mana, dah kata pun minat kan.  Selain duk menghadap cerita-cerita yang ada dalam koleksi folder lappy CK, selalu jugak CK tonton Korean drama or movie through online.  Drama ‘CRUEL LOVE’ terbaru yang CK tonton especially through maduu.com  Mempunyai sebanyak 20 episod.  Wahh2, mood tangkap feeling dah datang first episode lagi.  Memang cruel ceritanya.  Memang ‘cruel love’ pun.  Adehh… ~~  Jom intai-intai sikit jalan citernya.




CRUEL LOVE
~~ Sinopsis ~~

Kisah di antara heroin (In-Jung) dan dua pemuda (Yong-ki dan Suh-hwan) dalam pencarian love true mereka kononnya la. In-Jung yang merupakan pemain alat muzik ‘Selo’ yang berbakat mulai bermain sejak di awal umurnya 20an lagi.  Pada waktu itu, muncul cinta pertamanya iaitu Suh-hwan yang sudahpun berkahwin tanpa pengetahuan In-Jung.  Pada mulannya In-jung berasa ditipu dan setelah menemui banyak konflik akibat dari perhubungan tersebut, hidupnya berakhir dengan menjadi penjual ayam goreng di sebuah kampung.  Dan… ada lagi sebenarnya sambungan citer ni.  Tapi CK tak larat nak bercerita sampai habis. Kalau citer dalam ni sah-sah esok lusa tak habis.  Senang kata tak khatam lagi tengok citer ni. Haha…  seh ngeh lehh (bahasa setiausaha CK) a.k.a sengall betull.. citer tergantung..  haha !

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini..

Lee-Yo Won  SEBAGAI Na In-Jung

Kwon Sang-Woo SEBAGAI Kang Yong-Ki



Kim Sung-Su SEBAGAI Lee Su-Hwan


Kim Ka-Yeon SEBAGAI Kang Joo-Ran


Bagi siapa-siapa kat luar sana yang berminat layan korea… rajin-rajinlah intai-intai laman web maduu.com free online. Anytime, everywhere… bak kata digi.. I will follow you wherever u may goo.. ~~ haha.. loyar buruk pulak CK time2 tgh sakit ni.  Buleh lagii.. muehehe.. ^^

Setakat ini, itu saja untuk entry kali ini.  Jumpa lagi di next entry.  Adiosss.. 






November 12, 2011

Jus Markisa Air Tangan CK

Salam kepada semua.  Baru-baru ini mak cik CK ada beri buah markisa untuk CK.  Wahh, kesian kan pertama kali CK merasa buah markisa ini.  CK tak pasti rasa sebenar buah ini.  Mulanya CK rasa buah ini agak masam-masam manis rasanya. Jom kita kenal serba sedikit tentang buah ini.

Buah ini merupakan sejenis tanaman dari Genus Passiflora dan merupakan buah-buahan dari jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak seperti jeli. 

 Pokoknya menjalar seperti pokok petola

Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 jenis markisa di Malaysia yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.


Malam itu, CK boleh duduk termangu memandang ke arah buah ini. kelakar jugak rasanya bila memikirkan cara supaya rasa buah ini serasi dengan lidah CK disebabkan rasanya membuatkan ianya tidak serasi dengan lidah CK.  Tiba-tiba  terlintas di fikiran untuk dijadikan jus.

Langkah pertama :-
 Masukkan gula mengikut citarasa masing-masing

Langkah kedua :-

  Masukkan isi buah markisa tadi yang telah dibelah dua. Disebabkan hidangan hanya untuk seorang CK hanya gunakan separuh daripada isi buah tersebut saja.

Langkah ketiga :-
 Setelah itu masukkan air panas dan sedikit air sejuk supaya ianya tidak terlalu panas. kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.

* Bagi sesiapa yang inginkan ianya sejuk maka bolehlah tambah sedikit kiub aisnya ke dalamnya.  Selamat mencuba ! ^_^



November 7, 2011

Rasulullah Pun Buat Kerja-Kerja Rumah

Salam kepada semua dan Salam Hari Raya Aidiladha.  Semoga ibadah Haji kali ini dijalani dengan penuh keberkatan.

CK tertarik dengan satu artikel yang dipetik di dalam majalah SOLUSI keluaran baru-baru ini.  Walaupun CK masih lagi belum memasuki ke alam rumah tangga dan masih berada di peringkat usia yang muda namun tidak salah jika pengetahuan ini dikongsi bersama pembaca sekaligus dijadikan ikutan dan tuntutan demi kesejahteraan hidup bersama.    

RASULULLAH PUN BUAT KERJA-KERJA RUMAH


Terdapat banyak juga riwayat yang menjelaskan bahawa Rasullullah s.a.w. sendiri sebagai seorang Rasul sekali gus sebagai pemimpin Negara, turut memberi khidmat dan membantu isterinya.  Sebagai contoh, dalam satu riwayat daripada al-Aswad bin Yazid :

“Aku bertanya kepada Aisyah : ‘Apa yang Nabi s.a.w. kerjakan di rumah?’ Aisyah menjawab : ‘Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.  Maka apabila masuk waktu solat, Baginda pun keluar untuk solat (ke masjid).” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas disokong oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda s.a.w sendiri menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana beberapa hadis riwayat Ahmad daripada Hisham bin Urwah.

Justeru jelaslah bahawa mengurus rumah dengan membantu isteri itu sunnah Rasulullah s.a.w dan amalan tersebut bukanlah sebagaimana anggapan sebahagian masyarakat kita sebagai “queen control”.  Maka perbuatan tersebut hendaklah dikekalkan demi kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Ia juga bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu iaitu kerja-kerja berat biasanya menjadi kewajipan suami manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi kewajipan isteri.

October 31, 2011

FINAL EXAM ouh FINAL SEMESTER...!

FINAL EXAM ouh FINAL EXAM…!
FINAL SEMESTER ouh FINAL SEMESTER…!

FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!
FINAL EXAM @ FINAL SEMESTER…!

Ouhh, dua perkara ini yang kerapkali bermain di benak fikiran CK.  Tinggal lagi beberapa hari saja untuk tiba pada waktunya.  Dalam debar menghadapi FINAL EXAM rasa sayu nak menghabiskan this FINAL SEMESTER.  Cepatnya masa berlalu, dalam tempoh 2 tahun study di PSIS ini macam-macam kenangan yang CK lalui dan tempuhi di sini.  Susah dan senang kami bersama-sama.  Tempat ini yang pada mulanya memang tidak dinafikan CK agak benci untuk berada di sini.  Keinginan hati selalu memberontak mengatakan…

Fleshback…

 ‘aku tak suka berada di tempat ini! Boleh ke aku hidup di tempat yang seperti ini jauh dari keluarga? Sakit, lapar aku nanti siapa yang nak tolong tengok-tengokkan? Siapa yang nak menghantar aku ke klinik waktu aku demam? Siapa pula yang nak menghantar aku ke hospital waktu sakit gastrik aku datang kembali sehingga hampir terkulai layu macam daun kering lagaknya?! Siapa dan siapa?! 

Hoho, waktu itu pertama kali macam-macam rasa datang berkecamuk sekaligus dalam benak ini almaklumlah, pertama kali CK hidup berjauhan di samping keluarga.  Mungkin juga pada waktu itu CK tidak biasa hidup bersendirian di tempat orang.  Tapi, itu dulu. Kini, sangkaan dan tanggapan CK meleset sama sekali.  


Sakit, lapar CK ada kawan-kawan yang tolong ambil berat. Ada kawan-kawan yang sanggup menemani CK ke klinik jika demam.  Ada kawan-kawan yang sanggup menjaga waktu sakit gastrik CK datang menyerang kembali.  Ada kawan-kawan tempat untuk CK ketawa gembira dan ada kawan-kawan tempat untuk CK menangis meminjam bahu mereka tanpa keluh kesah mereka menghulurkan sedikit kekuatan itu. 

Tempat yang dulu CK benci kini menjadi ‘Rumah Kedua’ bagi CK walaupun tak dinafikan kadangkala agak tertekan berada di sini dalam tempoh yang agak lama.  Bertambah-tambah sedih bila CK dan kawan-kawan sedang menanti hari dan detiknya untuk bersama-sama menghabiskan setiap precious moment sebelum perpisahan itu dan sebelum mengikut haluan hidup masing-masing.  Sebak! Usah ditanya. Sudah semestinya kerana mereka la CK masih lagi mampu bertahan di sini.  Jatuh bangun CK mereka tetap ada di sini.  Kadangkala, walaupun CK cuba menyimpan semua rasa itu mereka tetap mampu mengesannya.  Tak perlu menafikannya kerana mereka lebih mengenali CK dari yang lain-lain. Sungguh CK terharu dengan keprihatinan mereka. 

Entah kenapa, berat rasanya untuk mengatur langkah ke hadapan selepas ini bersendirian tanpa mereka di sisi kerana adanya mereka telah menjadi satu kebiasaan buat CK. 

Berat juga rasanya apabila mengenangkan hakikat tentang satu kejadian ini dan sampai bila-bila takkan CK lupa.  Doa CK semoga dia dilindungi Allah sentiasa.  Semoga Allah mempertemukan titik bahagia dalam hidupnya yang tak mampu untuk CK beri. Andai masa boleh diputar kembali ingin saja CK membetulkan kembali apa yang telah terjadi.  Namun, mungkin semuanya dah terlambat kerana masa yang diputar itu hanya mampu untuk dikenang dan sukar untuk disentuh apabila sesekali rasa itu datang kembali mengusik. Walaupun, di hati masih lagi berharap akan ada keajaiban yang terjadi satu hari nanti tapi mustahil untuk semuanya berlaku. Sungguh, CK benar-benar menghargai setiap inci kenangan itu sehinggakan sukar untuk dilepaskan begitu saja.  

Apa-apa pun yang berlaku, CK berdoa dan berharap agar CK serta kawan-kawan mampu menghadapi detik final nanti.  Semoga kami mampu melakukan yang terbaik untuk final exam yang semakin hampir.  Setiap dugaan yang Allah beri tika ini akan cuba kami lalui walaupun perit kerana kami percaya kepahitan yang kami lalui akan memberi kemanisan di pengakhirannya. Doakan kami yeah...!

Mungkin benar kata orang. Apabila kita dah memasuki ke alam pekerjaan nanti pasti kita akan merindukan zaman belajar bersama teman-teman. Waktu itu kita akan menghargai detik susah payah bersama-sama hingga ke akhirnya.

Note :- Untuk sahabat-sahabat yang bakal menghabiskan Latihan Industri mereka ‘good luck’ CK ucapkan.  Sedih rasanya sebab dah tak berkesempatan untuk bertemu dengan kalian lagi.  Semoga sukses selalu ! Insya-Allah jika diberi peluang dan kesempatan ingin CK bertemu dengan kalian lagi kelak.



October 29, 2011

Tanggal 26 Oktober 2011, Lumut mencuri tumpuan CK

Alhamdulillah, akhirnya hari ini segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang sering mengusik hati ini tak kira ke mana saja kaki melangkah dan apa saja yang CK lakukan. Final test yang CK harap-harapkan penantiannya akhirnya berakhir dengan ‘tak jayanya’.  Haha.. dalam erti kata lain takut, kecut perut semua rasa ada.  Hopefully dapat best mark untuk effort yang telah CK dan kawan-kawan buat.  Kita ketepikan dulu cerita itu.

Deepavali.
Tiba-tiba aje CK cerita pasal Deepavali ini?

  Tanggal 26 Oktober 2011 perayaan Deepavali disambut oleh semua kaum India di Malaysia.  Dah tentu waktu itu waktu cuti umum.  Pasti lebih ramai ibubapa yang sedang bercuti membawa keluarga masing-masing untuk have fun right. 
kalau CK kata CK nak tumpang sekaki sambut perayaan ini tak salah kan kan kan.. 

Jom, sambut Deepavali mandi minyak kat pantai Lumut.  Haha…
Thanks banyak-banyak CK ucapkan pada sahabat CK ‘Cik Kiah bukan Cahaya Kekuatanku, okay’ aka ‘Nur’Syakira’ juga si buah hati pengarang jantungnya ‘abang palish’ aka ‘Fariz Ismail’.

Both of u making my day that day walaupun ketenangan yang CK dapat itu hanya untuk sementara waktu tapi sekurang-kurangnya CK puas sebab CK dapat rasakan keikhlasan kalian berdua.

Kepada ‘Dua merpati sejoli kesayanganku’

Terima kasih sebab…
sudi jadi pemandu tak langsung CK walaupun CK da offer diri untuk gilir-gilir drive.  Kesian kamu berdua terpaksa drive dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat.

Terima kasih juga sebab…
Sudi bawa CK ‘jalan-jalan cari makan’ di Restoran yang berkonsepkan makan secara layan diri semua ambil sendiri termasuk air pun ambil sendiri yang CK rasa belum lagi CK temui di Selangor.  Mungkin juga ada tapi masih lagi belum explore sehabis mungkin dan mungkin juga hanya ada satu-satunya di Lumut ini.  Bila nampak bermacam 40 jenis lauk CK rambang mata sekejap.  Huh, pening tak tahu nak pilih lauk yang mana satu, dalam erti kata lain ‘jakon’ sebentar. Haha. Sampai sekarang masih terbayang-bayang lauk Burung Puyuh masak kicap antara salah satu lauk istimewa di restoran itu.  Ini bukan tipu atau rekaan semata-mata. Restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan ‘Jalan-jalan Cari Makan’ tau.  Jadi tak hairanlah kalau ramai pengunjung yang datang ke restoran itu termasuk pelancong dari luar negara disebabkan makanannya yang betul-betul membuka selera.

Dan terima kasih juga sebab…


Sudi bawa CK ke tempat ini semata-mata untuk mencari sedikit ketenangan melihat dunia luar sekejap.  Haha, bunyi macam dah lama sangat kena kurung kat PSIS sampaikan nak nampak dunia luar pun susah ya.  Haha, tapi mungkin itu hakikat sebetulnya.  Sesekali tengok laut dan langit yang luas terbentang membuatkan hati CK sedikit tenang cuma kadangkala rasa itu sesekali datang mengusik. Hoho, tak suka. Pergi jauh-jauh!

 Sampaikan tertidur sekejap disebabkan keletihan yang teramat.  Mana tidaknya, buat assignment sampai pukul 5 pagi semuanya gara-gara line broadband di PSIS yang sangat-sangatlah romantiknya.  Tapi apakan daya, bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.  terima ajelah.
  
 'Cik Kiah' aka 'Nur'Syakira anak wak Musriman' kesayangan CK.  Dialah penghibur hati CK yang selalu buat CK ketawa terkekek dengan lawaknya.  Sayang kamu.  Semoga bahagia di samping abang Palish mu yang tersayang. Hehe...

October 28, 2011

'Cahaya Kekuatanku' kata hanya sekadar mukadimah saja.

Salam terlebih dahulu diucapkan kepada semua pembaca.

Dah terlalu lama aku sengaja membiarkan blog aku berhabuk terbiar tak terjaga bersawang sana-sini.  Haha, cuma macam-macam jenis sarang aje yang aku tak nampak kat sini.  Tergerak hati aku untuk bangkit menulis semula apabila ada seorang rakan aku yang bertanyakan ‘bila aku nak update blog aku ni?’ katanya teringin nak berblog walking dalam blog aku yang tak seberapa ini.  

Okaylah, kawan demi kamu aku turutkan juga. Dan disebabkan kesungguhan kamu aku mencuba juga untuk bangkit walaupun agak payah.  Agak payah? Keliru aje bunyinya.  Haha, biarlah hanya insan di sekelilingku yang benar-benar memahami saja mengerti kiasan kata-kata itu. 

Tapi bukan semata-mata untuk itu saja.  Disebabkan cita-cita untuk menjadi penulis masih lagi belum tercapai jadi, tak salah untuk aku menonjolkan bakat yang tak seberapa ini ke dalam penulisan blog.  Sekadar untuk berkarya di ruang ini serta bersama-sama berkongsi cerita suka duka kehidupan aku bersama-sama insan tersayang juga berkongsi info yang mungkin akan aku kongsi bersama-sama dengan blogger lain juga pembaca yang sudi melawat blog ‘Cahaya kekuatanku’ ini.  ecece.. Cahaya kekuatanku?  Huhu.. konon la kuat sangat ye.

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi sekarang ini dan roomate aku pun dah membuta mungkin juga dah transit ke alam mimpi dan aku pula masih lagi di sini berjaga bagaikan burung hantu lagaknya. Mata masih lagi degil untuk minta dikatup.  Erti kata lainnya dah beberapa malam aku tak boleh tidur. Sekejap aku tidur dan sekejap aku berjaga.  Ohh, sangat merimaskan menghadapi situasi ini. 

Masih tak sedar lagi esok ada final test. Boleh buat atau tidak aku tak mampu nak kata lebih.  Apa yang penting aku hanya mampu berserah saja kerana aku dah berusaha yang semampu mungkin. Doakan segalanya dipermudahkan ya kawan-kawan.

 Sebelum aku merapu yang bukan-bukan lebih baik aku berhenti untuk setakat ini saja.  Ini cuma sekadar mukadimah.  Jumpa lagi di dalam entry lain. Insya-Allah mungkin entry yang lebih menarik dari entry-entry sebelum ini yang akan menyusul oleh ‘CK’ aka ‘Cahaya kekuatanku’.