CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 8, 2011

Entry Kali ini... Rangkuman Dua Dalam Satu...

Salam semua...
Dah lama rasanya aku tak update blog.  nak berjalan-jalan dalam blog orang lain pun tak berkesempatan rasanya.  semenjak dua menjak ini macam-macam benda jadi kata aku.  Dari yang membuat isi jantung aku gugur ibarat buah durian yang gugur, almaklumlah tengah musim durian kan sekarang nih, sebab itulah timbulnya isu durian dalam blog aku nih... sampailah ke isu isi jantung aku selamat semula dari melepasi tahap kritikal yang aku alami.  Opss, untuk pengetahuan jangan salah anggap k.  Apa yang aku maksudkan isi jantung gugur bukannya disebabkan aku menghidap penyakit jantung atau apa jenis penyakit sekalipun. Maksud aku sakit dalaman.  Perang dalaman tuh.  betul-betul menguji tahap kesabaran.  Tapi apa-apa pun alhamdulillah sangat dan aku bersyukur pada-Nya, semua itu dah menjadi kenangan dan memori terindah dalam ingatan aku.  sampai bila-bila pun aku takkan lupakan semua itu.  Ibarat apa yang aku lalui telah diaturkan sejak dari mula lagi.  Sampai sekarang aku masih rasa seolah-olah semua itu hanyalah satu mimpi. 

Ada dua cerita yang aku nak share dan rangkumkan di sini sebenarnya... panjang tak agak-agak entry aku kali ini.  risau, takut ada yang bosan membaca entry aku kali ini.  hurmm, kalau nak baca terpulang dan kalau tak nak pi jauh2 na..

*************************************************
Tanggal 26 & 27 Mac 2011 (Hari Konvokesyen kali ke-6 di Politeknik tersayang. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam)
- Sebenarnya tak terangka dan terancang pun dalam minda nak jejakkan kaki ke sana   sepanjang aku menghabiskan hari-hari praktikal aku.  Itu semua adalah keputusan saat-saat akhir yang aku buat.  Dalam rancangan yang diatur oleh admin kami Cik Teddy (nama glam tuh) tersayang saya.  Ikutkan kehadiran ramai yang akan berkonvoi beramai-ramai pada hari konvokesyen itu, tapi akhirnya hanya kami berdua saja yang pergi mungkin disebabkan masing-masing mempunyai komitmen sendiri. 
- Niat ke sana semata-mata ingin berjumpa dengan kawan-kawan yang mungkin lepas ini takkan dapat berjumpa lagi disebabkan tempoh kursus aku di sana selama 2 tahun dan kawan-kawan yang lain 3 tahun.  Sedih sangat tak dapat jumpa dengan mereka lagi, nak-nak yang teristimewa dalam hati ini. Sobsob...~~  Bukan itu aje, kami ke sana pun semata-mata untuk menghantar surat rayuan kamsis untuk semestar akan datang.  Tapi malangnya kami dimaklumkan rayuan bagi pelajar lepasan LI tak boleh buat sekarang.  Rayuan mesti dibuat sewaktu hari pendaftaran kemasukan semestar akan datang. Nak tak nak terpaksa jugalah kami mencari rumah sewa yang berdekatan poli.
- Pertama kali aku menyaksikan hari konvokesyen yang meriah di politeknik.  Karnival besar-besaran kalau siapa-siapa yang kreatif kita boleh namakan karnival itu sebagai Karnival Padang Lecak.  Wahh, memandai-mandai je aku yerr.  Lecak ke berlumpur ke peduli apa redah aje. 
- Satu lagi kejadian yang umpama telah diaturkan untuk aku sebelum ke sana sehinggakan senyuman tak pernah lekang dari bibir sehingga detik ini.  Nak tahu ke?  hehe.. rasanya tak perlu kot. Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan orang-orang yang tertentu saja.  Biarkan kalian semua tertanya-tanya.
- Sungguh jeles rasanya melihat senior-senior dapat menggulung Diploma masing-masing.  Moga berjaya untuk kalian yang dah grade n kalau ada rezeki tingkatkan taraf hidup dengan sambung ijazah pulak yea.  Orang kata menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad. Bilalah turn aku pulak nak grade yeaa..?

*******************************************************
5 April 2011, Lecturer Mai Datang Sini.  Wahh, Bangga Nyah. ngehe..
Sebelum ini aku dimaklumkan yang pensyarah akan datang melawat sama ada pada tarikh 4 atau 6 April lepas.  Tup2, aku dimaklumkan pensyarah akan datang pada 5 April lepas.  Itupun disebabkan kawan LI aku yang lain hubungi pensyarah tersebut. huhh, bersyukur sangat-sangat bila pensyarah dah datang melawat. Terimbas balik kata-kata pensyarah yang datang melawat.  'Awak student terakhir yang kami lawat di sekitar area Klang ni.' Nama pensyarah pun lebih kurang sama dengan aku Izzati...  Nurul Izzati.  Bezanya aku dimulakan dengan 'Nur' Kebetulan kan.  Bercermin mata sama seperti aku.  comel aje orangnya... Serasa boleh bernafas dengan lega.  Cuma fikir lepas ini nak habiskan praktikal dan siapkan laporan LI pulak.  huhu, banyak jugak tu kerja yang nak dibuat. 

Okaylah, rasanya cukuplah aku membebel dalam entry kali ini.  Jumpa lagi di entry-entry aku yang akan datang...:)

2 comments:

yaya_flanella said...

cik zati ke? lecturer it? skang die dah pakai contact lens dah.. comel jep :)

snowballgirl said...

ta psti plak dia lect IT atau tak, tp nm dia Nurul Izzati dr JMSK. rsnya kenal tak lect tu?